Monday, December 28, 2015

TUUU DIA...!!! SYABAS...!!! PROGRAM UMNO YANG MENEPATI SASARAN...!!!

ALOR GAJAH, MELAKA 28 DIS 2015 :
120 orang pelajar cemerlang UPSR yang mendapat keputusan 5A dari 5 DUN didalam Parlimen Alor Gajah telah di beri penghargaan sementara lebih 250 orang pelajar miskin didalam Parlimen Alor Gajah telah diberi bantuan peralatan sekolah bernilai RM180-00 seorang berupa beg sekolah, 2 pasang pakaian sekolah, alatulis dan kasut sekolah di dalam Program Membara Pendidikan :  Penyampaian Persekolahan dan Penganugerahan Pelajar Cemerlang UPSR 2015 anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka bertempat di Dewan Kg Machap Permai, Machap Umboo, Alor Gajah petang tadi. 


Ermmm...bravoo...!!!  jadinya aku nak ucapkan tahniah lar kepada Cikgu Mustafa Musa (Johan Pidato Piala Presiden UMNO Tahun 2014) selaku Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Alor Gajah yang telah berjaya menganjurkan aktiviti yang amat baik ini. Kalau dilihat dari sudut untuk meraih sokongan rakyat, sudah semestinya program ini telah menepati sasarannya...almaklumlar, 250 orang pelajar miskin yang dicadangkan oleh Ketua2 UMNO cawangan, bersama sama dengan ibu bapa mereka yang merupakan pengundi dalam parlimen Aor Gajah, dikumpulkan didalam satu dewan dan diberikan bantuan. Ianya sudah semestinya lah akan dapat mendekatkan lagi Barisan Nasional di hati ibu bapa dan penjaga pelajar2 ini yang merupakan pengundi pada PRU14 nanti. Jadi...syabas aku ucapkan diatas inisiatif ini. Walaupun aku nengok ada juga dikalangan Ketua2 UMNO mengambil kesempatan mencadangkan anak mereka sendiri untuk menerima bantuan bagi kategori pelajar MISKIN ini...aku boleh anggap mereka nie memang betul2 miskin...iaitu miskin hati dan perasaan..hehehe...jangan marah...!!!
Biasalar bro...!!! tak banyak sedikit memang ada yang berperangai macam tu...itu bukan salah penganjur yer...!!!!

Untuk makluman, Program MEMBARA PENDIDIKAN ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj Abd Ghafaar bin Hj Atan, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka dan ADUN Asahan.


Program MEMBARA (Membantu Rakyat) telah dilancarkan oleh UMNO pada tahun 2014 yang dikatakan akan menjadi medium utama parti UMNO untuk membantu rakyat disamping untuk mendekatkan lagi hubungan rakyat dengan UMNO@Barisan Nasional. 

TEKOO : Setelah 2 tahun pelancarannya.......sejauh manakah ianya telah memberi impak kepada parti keramat ini...??? Ermm...no more program "syok sendiri" please...!!!...dan in sya Allah ianya akan memberi impak yang amat positif...!!!

Friday, December 25, 2015

SETELAH TIGA BULAN PENUBUHANNYA...APAKAH PERKEMBANGAN TERKINI PAKATAN HARAPAN...????

22 Disember lalu genaplah ulang tahun tiga bulan penubuhan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat apabila PAS dengan rasminya ditendang keluar oleh DAPig dan sekutunya PKR. Pakatan baru pembangkang ini di dakwa akan membawa "harapan baru" dalam semangat pembaharuan dan kerjasama pembangkang untuk menawarkan alternatif pilihanraya kepada rakyat Malaysia.
Ermm... !!!......betul ker tuh..??? aku rasa pakatan baru nie macam lebih teruk jer...!!! Pakatan Harapan dah serupa macam Pakatan Tiada Harapan...hehehe.

SETELAH 3 BULAN PENUBUHAN

PAKATAN TIADA HARAPAN
DITUBUH DARI RASA KECEWA
Hakikatnya Pakatan Tiada Harapan ini terbentuk dari kekecewaan keruntuhan Pakatan Rakyat malah mereka masih menyalahkan antara satu sama lain yang menjadi punca kepada keruntuhan pakatan haprak ini. Ada juga yang masih lagi tidak mahu menerima hakikat dan beranggapan Pakatan Haprak@Pakatan Rakyat masih wujud...

TIADA FOKUS KE HADAPAN
Ermm...kesiannya....!!! daripada melihat ke masa hadapan, DAPig masih lagi buat kerja bodoh menyerang "kawan lamanya" PAS, PKR pula masih bertegas ia boleh bekerjasama dengan siapa saja termasuk PAS sementara Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan kawan baru DAPig dan PKR masih lagi terkial kial nak menonjolkan diri dan membuktikan ianya bukan "PAS".

TIADA LEADER
Pakatan baru ini juga dilihat tidak mempunyai "KETUA" yang benar benar boleh mengawal kesemua komponen parti dalam pakatan ini. DAPig dilihat terlalu "Cina" dan terlalu sombong, PKR dilihat sebagai terlalu berpecah belah dan terlalu mementingkan diri sendiri sementara PAN dilihat sebagai terlalu "bodoh" dan tiada hala tuju yang jelas. 

MEMENTINGKAN PARTI SENDIRI
Masing masing juga tidak mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa cuba memastikan bahawa mereka mengukuhkan kedudukan parti mereka sendiri bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

So...tak perlular kita nak mengundi mereka kerana tangan mereka pasti akan menghancurkan dan merobohkan apa yang telah kita bina dan nikmati selama ini.


TEKOO: jangan kita bertukar kepada yang tidak pasti...kalau ada kekurangan kita perbaikilah dari "dalam" ok...!!!

Sunday, December 20, 2015

KEMPEN "TEGUH BERSAMA" LANGKAH MCA HADAPI PRU14 TELAH LAMA DIPRAKTIKKAN OLEH AHLI PARLIMEN INI...???

Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) bakal menjengah pengundi2 Malaysia kurang dari 700 hari dari sekarang. Diam tak diam sudah semakin hampir nampaknya PRU14. Aku pasti parti2 politik kat Malaysia nie akan masuk gear 1, 2 dan 3 mulai tahun hadapan dengan pelbagai teknik dan taktik berkempen sebagai persediaan memenangi hati rakyat Malaysia untuk memilih dan mengundi mereka .


Malaysian Chinese Assosiation (MCA), parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum China juga telah mengambil beberapa langkah proaktif didalam persiapannya untuk menghadapi PRU14. Mungkin pengalaman pahit MCA dalam PRU13 telah banyak memberi ikhtibar kepada MCA dan berbekalkan pengalaman itu MCA telah melancarkan Kempen "STRONGER TOGETHER" atau :TEGUH BERSAMA". Kempen ini adalah merupakan satu siri aktiviti secara berterusan untuk sentiasa bertemu dengan rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kebajikan dan perkara perkara yang berkaitan. 


Ermm....nampaknya MCA begitu serius dalam perkara ini dan aku pasti mereka "cakap serupa bikin" bro...!!!...buktinya ada kat bawah nie iaitu YB Ahli Parlimen Alor Gajah Melaka, Datuk Koh Nai Kwong yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat di Parlimen ini....cara bekerjanya pun sungguh sistematik dan berkesan...!!!! Aku respek sama ini olang...hehehe. Aku rasa takder masalah untuk beliau menang pada PRU14 nanti kerana pengundi di Parlimen Alor Gajah telah serasi dengan beliau...
Sessi bertemu rakyat yang diadakan pada setiap hari sabtu sejak dari tahun 2013 lagi...

TEKOO : kepada yang lain....kena banyakkan bekerja secara bijak....bukan banyakkan berselfie yer....huhuhu

 #kekalp135

Friday, December 18, 2015

BEKERJASAMALAH...!!!! DEMI MEMUSNAHKAN MUSUH MUSUH NYATA ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI...!!!!


Sejuk skit mata memandang melihat kedua dua pemimpin parti Melayu dan Islam terbesar di Malaysia ini duduk bersama diatas satu pentas di majlis anjuran Alumni Al-Azhar baru baru ini. Walaupun mata sebelah kiri aku tak berapa nak sejuk memandang (hehehe) tetapi aku menganggap ianya satu perkembangan yang positif di dalam memartabatkan umat Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini yang semakin di gasak dari pelbagai arah oleh musuh musuhnya. Ianya di lihat sebagai satu perkembangan yang positif apabila Presiden UMNO menghulurkan "tali silatulrahim" kepada PAS. Apatah lagi apabila Mursyidul Am PAS berkata bahawa PAS juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan UMNO selagi ia bertujuan ke arah kebaikan dan bertunjangkan kebajikan untuk umat Islam..


Ermmm...Aku rasa elok benar lar tu.....tak perlular kita hendak bermusuhan kerana musuh sebenar orang2 UMNO bukannya PAS dan musuh sebenar orang2 PAS bukanlah UMNO tetapi musuh sebenar kita adalah kalangan politikus2 yang menentang usaha usaha ke arah perpaduan Melayu Islam, tidak kira sama ada ia dalam kalangan UMNO sendiri ataupun dalam PAS sendiri ataupun dari luar seperti DAPig.... yang sudah tentu sekarang ini sedang "kecut telor" mendengar berita penyatuan kerjasama ini.. PAS dan UMNO tidak perlu terus bermusuhan tetapi mereka seharusnya bekerjasama menentang musuh sebenar Islam di bumi Malaysia ini iaitu DAPig....!!!! Dengan kekuatan KERJASAMA dan PERPADUAN kedua dua parti Melayu dan Islam ini saja lah yang mampu menjadikan kita lebih HEBAT...!!!!

TEKOO : Berlapang dadalah untuk "bersatu" sementara jalan masih terbuka untuk semua....wallahualam...

Sunday, December 13, 2015

BRIM : SAYANG SEKALI JENTERA BARISAN NASIONAL TIDAK NAMPAK PELUANG INI...????

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telahpun bermula dari 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015 ini. Aku dengar khabar nampaknya Ahli Parlimen DAPig Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN DAPig Mengkibol, Tan Hong Pin sedang menjadi penyokong kuat BRIM. Mereka secara aktif telah membantu orang ramai untuk mendaftar BRIM.


SEKALI FIKIR...
Ermmm... mengapa DAPig begitu bersungguh sungguh untuk mendaftarkan BRIM nie..??? Bukankah dulu mereka yang kata BRIM adalah rasuah oleh UMNO/BN untuk membeli undi rakyat..??? Bukankah mereka juga yang melabelkan BRIM sebagai "BERI RASUAH SATU MALAYSIA"...??? Adakah DAPig sudah mengakui bahawa BRIM adalah satu dasar yang baik untuk memberikan bantuan terus kepada 40% golongan berpendapatan rendah bagi menggantikan subsidi yang lebih bersifat menyeluruh dan tidak menepati sasarannya...??? Atau adakah DAPig mengakui bahawa mereka telah berbohong kepada orang ramai mengenai BRIM selama ini..??? 

DUA KALI FIKIR
OOOO.....inilah cara paling mudah dan murah untuk DAPig mendapatkan data data terkini pengundi termasuk lah no telefon pengundi. Ini juga cara untuk mereka menukar persepsi pengundi bahawa kalau pembangkang tak kuat....pengundi takkan dapat BRIM. Ini juga merupakan aktiviti Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) yang tidak memerlukan modal pun...!!!! Amat murah dan berkesan..!!!


TEKOO : Ermmm....Sayang sekali...Jentera Barisan Nasional terutama dari UMNO/MCA/GERAKAN tidak mengambil peluang seperti DAPig...

Thursday, December 10, 2015

PAU 2015 : CIKGU MUSTAFA MUSA TERUS MENJADI KEBANGGAAN WARGA UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH MELAKA

Dalam ramai ramai orang kat Bahagian Alor Gajah Melaka nie, beliau sahaja diberi penghormatan untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam program Bicarawara PAU di TV1.



Pergh...!!! Mendengar hujah dan lenggok bahasanya sahaja, kita dah boleh tahu tahap IQ mamat nie....memang excellent bro..!!! Aku tabik spring sama ini Cikgu Mustaffa Musa...!!! Seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah yang paling menyerlah...!!! UMNO perlu melahirkan pemimpin2 sebegini yang tidak bersifat retorik kerana masyarakat sudah pintar dalam membuat penilaian....ada betulll...???? :)

Teruskan perjuanganmu wahai Johan Sulung Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO PAU 2014. 


TEKOO : Ermmm....ko adoo...????

Saturday, December 5, 2015

NGA KOR MING CABAR NAJIB UNTUK SAMAN LAGI BELIAU...????

Ahli Parlimen Taiping dari DAPig, Nga Kor Ming @ Nga Cock Man nampaknya tidak serik serik menimbulkan kontroversi dengan menfitnah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Najib dan isteri telahpun menfailkan saman terhadap Nga yang didakwa memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka dalam akaun facebook anggota Parlimen DAPig itu pada Mac lepas. Mahkamah telah menetapkan 16 hingga 19 Mei tahun depan untuk perbicaraan dan di sambung pada 23 hingga 26 Mei 2016 sekiranya kes saman ini akan diputuskan melalui perbicaraan.


Tapi, kalau tak fitnah bukanlah Pakatan Haprak namanya....!!!!  maklumlar...diaorang ni kan jenis spesis BODOH BINGAI....!!!!
Fitnah terbaru Nga dalam entri facebook beliau di sini bertarikh 4 Disember 2015.


Ermmm...nampaknya dalam usaha untuk mempertahankan Nurul Izzah yang didakwa telah mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram baru baru ini.....apek tua Nga telah menggunakan gambar lama dan mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan Kiram III walaupun individu tersebut bukanlah Kiram. Cuba korang bandingkan gambar sebelah kanan di atas dengan gambar sebelah kiri dibawah......


Macam sama jer gambarnya...!!!! Ternyata ini adalah gambar Najib bersama pemimpin MILF, Murad Ebrahim semasa menandatangani perjanjian damai di Manila pada Oktober 2012 dan bukannya Kiram III seperti yang di dakwa oleh Nga Komeng...!!! 
Ermmm...Bodoh piang punya apek...!!!


TEKOO : kasi hantar satu saman lagik...!!!! kita kasi Nga Komeng bankrup maaa...!!!!

Wednesday, November 18, 2015

ADS1M PERINGKAT KEBANGSAAN : SUDAH BERSEDIAKAH WAKIL DARI NEGERI MELAKA...????

Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) adalah merupakan satu pertandingan berprestij yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) bertujuan untuk menilai prestasi dan pencapaian kampung sebagai usaha berterusan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat cemerlang, kearah mencapai matlamat pembentukan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Setiap negeri akan diwakili oleh sebuah kampung dan sudah semestinyalar kampung berkenaan akan membawa nama baik Daerah dan Negeri yang diwakilinya. Bagi Negeri Melaka, ianya akan diwakili oleh Kg Beringin dalam DUN Durian Tunggal Daerah Alor Gajah Parlimen Alor Gajah, Negeri Melaka.
TEKOO: Erm... kebiasaannya kampung yang mewakili Negeri Melaka akan mendapat "full support" terutama daripada agensi agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Saturday, October 31, 2015

HAHAHA..!!! TONY PHUA...U ARE REALLY A CHICKEN SHIT..??? MANA MAU LARI ARRR...???

Sedap citer nih...!!!!
Citer asalnya Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua (Chu Kang) telah mencabar Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda untuk berdebat secara terbuka mengenai isu 1MDB dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudahpun bersetuju untuk menyiarkan debat itu secara langsung. Arul Kanda telah meletakkan syarat bahawa Tony Phua harus meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB kerana khuatir kedudukan itu akan memberi konflik kepentingan dalam isu tersebut dibicarakan secara adil tanpa prasangka.


Dengan perasaan marah dan gabra atau terkejut beruk kerana tidak menyangka Arul Kanda menerima pelawaan itu, Tony pulak memberi alasan bahawa kedudukannya sebagai ahli PAC adalah lebih penting daripada nak berdebat dengan Arul Kanda dan mendakwa Arul sebenarnya takut nak berdebat dengan beliau.


Dan berita yang terbaru diterima menyatakan bahawa Arul Kanda bersedia untuk menarik balik syarat tersebut dan meminta agar debat ini diteruskan.


Jadi....apa macam Tony Phua (Chu Kang) ???....semua sudah ready...!!! berdebat tanpa apa apa syarat...!!!! Lu ada berani ka...???? atau ada lagi alasan alasan lu mau beri...??? atau lu memang PENGECUT...????


TEKOO :  Common Tony....!!! Telor lu mana..??? .telor lu...!!! Rakyat Malaysia pun nak tahu jugak ni...!!! hehehe

Wednesday, October 21, 2015

WAJIB BACA : PENDEDAHAN EKSLUSIF PEMILIK AIR HERBA AJAIB PAK ANUAR...!!!!!

Seperti di dalam posting terdahulu aku disini, Air Herba Ajaib Pak Anuar telah dikenali ramai di seluruh pelusuk tanah air dan juga negara negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand apabila hasil kajian Pak Anuar selama 28 tahun menjadi bualan dan rebutan kerana didakwa berupaya menyembuhkan lebih 15 penyakit kronik. Ianya juga telah mendapat liputan meluas dari media cetak arus perdana seperti Utusan Malaysia disini, Sinar Harian disini dan Mstar disini.

Anuar Hashim, 58, atau dikenali sebagai "Pak Anuar Air Herba Ajaib" telah pun melangkah satu tapak kehadapan dengan membuka satu cawangan di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka yang dikendalikan oleh adik beliau.


Ermm...syukur alhamdulillah...nampaknya hasrat Pak Anuar untuk membantu orang ramai yang menghidapi pelbagai penyakit ini dengan mendapatkan air herba beliau tanpa menetapkan kadar bayaran semakin mendapat sambutan orang ramai.

Tapi sekarang, aku dimaklumkan oleh Pak Anuar sendiri bahawa ada pulak individu2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan nama beliau dan membuka lokasi lokasi baru air herba ajaib nie. Dengar2 khabar sekarang didakwa sudah dibuka di Pekan Durian Tunggal, Paya Rumput dan beberapa lokasi lagi di sekitar Melaka.

So...kepada peminat2 air herba ajaib Pak Anuar, pastikan korang hanya mengambil bekalan air herba ajaib Pak Anuar di 2 lokasi ini sahaja iaitu satu di Jalan Solok Kolam 2, Kg Pengkalan Batu, Batu Berendam yang dikendalikan oleh Pak Anuar sendiri, dan lagi satu di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal Melaka yang dikendalikan oleh adik beliau.
Untuk makluman korang, Air Herba Ajaib Pak Anuar telah dikaji dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bro...so....di jamin SELAMAT....!!!

Aku sertakan dibawah ini video ekslusif dari Pak Anuar sendiri.


TEKOO : jangan tersalah minum selain daripada yang asli bro !!!....cirit birit ko nanti...hehehe

Saturday, October 17, 2015

KERIS 2314 : SUDAH BERSEDIAKAH SENJATA BARU UMNO INI MELAWAN PEMBANGKANG...????

UMNO sekarang sedang mengorak langkah kehadapan untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) dengan memantapkan kepimpinan akar umbinya melalui program KERIS 2314 yang menjurus kepada 4 isu utama. Isu tersebut adalah Agama Islam, Yang Di Pertuan Agong dan institusi Raja2, Bahasa Melayu dan akhir sekali Hak Hak Keistimewaan Orang2 Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa makna "KERIS" dan apa pulak makna "2314" nie..?? Ermmm....bagi mereka yang melihat dari sudut 'sisi gelapnya' 2314 adalah nombor yang patut mereka 'chai' di kedai2 TOTO dan bagi mereka yang melihat dari sudut hati dan semangat perjuangannya angka 23 dalam KERIS 2314 itu membawa maksud sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menebus kembali jumlah kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat selepas gagal dalam dua PRU sebelum ini, sementara angka 14 pula merujuk kepada PRU-14.
Nak tahu "KERIS" pulak membawa maksud apa ???....korang baca sendiri kat bawah nie yer...


Setelah hampir setahun yang lepas KERIS 2314 dilancarkan barulah sekarang aku nengok beberapa UMNO Bahagian  diberi peluang untuk menyertai kursus tersebut.

Di antara kepimpinan akar umbi UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka yang menyertai Kursus KERIS 2314 di Permata Resort Alor Gajah pada 16 - 18 Oktober 2015.

Ermm... nampaknya kursus ini telah memberi satu impak yang amat baik kepada UMNO khasnya di peringkat Bahagian. Beberapa perkara yang aku nampak adalah :-

  1. KERIS 2314 telah mengeratkan lagi hubungan diantara ahli UMNO yang dulunya masih berpuak puak akibat daripada pemilihan yang lepas.  Sekarang mereka telah sedar bahawa perasaan bermusuhan diantara "adik beradik sendiri " sebenarnya tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa. Keutuhan dan penyatuan UMNO itu sendiri menjadi wadah perjuangan mereka sekarang. Sayap sayap yang dulunya menongkah arus telah dapat diterima semula oleh kepimpinan UMNO Bahagian.
  2. Sayap sayap Pemuda dan Puteri begitu aggresif mengadakan aktiviti untuk meraih sokongan pengundi dengan dibantu sepenuhnya oleh UMNO2 Bahagian. Kalau dulu pandai2 koranglar nak cari bajet buat program tetapi sekarang tidak lagi. UMNO2 Bahagian sentiasa menyokong setiap program2 sayap2 UMNO. Isu boikot memboikot dibeberapa UMNO Bahagian dinegara ini telah menjadi sejarah kerana mereka telah sedar ianya hanya akan membawa keburukan kepada parti keramat ini.
  3. Mereka sedar pembangkang tidak akan dapat meruntuhkan UMNO kerana pembangkang sebenarnya tidak sekuat mana pun....Mereka telah sedar bahawa UMNO tidak akan tergugat dengan anasir2 dari luar....UMNO hanya boleh tergugat dengan anasir2 dari dalam UMNO itu sendiri.
SYUKUR ALHAMDULILLAH....NAMPAKNYA KERIS 2314 TELAHPUN BERSEDIA MELAWAN MUSUH SEBENAR...

Semoga gerakerja parti UMNO untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga ini pada Pilihan Raya Ke 14 (PRU 14) akan menjadi kenyataan...amin.


TEKOO: antara realiti dan fantasi...andalah yang menentukannya....wallahualam.

Thursday, October 15, 2015

AIR HERBA AJAIB PAK ANUAR BUKA CAWANGAN BARU DI DURIAN TUNGGAL MELAKA

"Rasailah Air Herba Ajaib Pak Anuar ini....ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit...in sya Allah....saya dah minum...anda bila lagi...?" begitulah mungkin (aku agak jer..hehehe) kata kata yang keluar dari mulut YB ADUN Durian Tunggal yang telah merasmikan cawangan baru Air Herba Ajaib Pak Anuar di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal Melaka baru baru ini.

Ab Wahab (dua dari kanan) sedang memotong riben sempena perasmian cawangan baru Air Herba Ajaib Pak Anuar di Durian Tunggal.


Wahh....!!! sejak bila YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip dah jadi "Duta" Air Herba Ajaib Pak Anuar nih...???  Ok lar tu Datuk...kalau kita melihat dari sudut positifnya pulak...ini boleh jadi satu produk baru untuk DUN Datuk yer...

Air Herba Ajaib Pak Anuar ini telah menjadi satu fenomena dan kini terkenal seantero Malaysia dan juga negara negara jiran apabila hasil kajian Pak Anuar selama 28 tahun menjadi rebutan kerana di dakwa berupaya menyembuhkan lebih 15 penyakit kronik. Antara penyakit tersebut adalah resdung, rabun mata, tiroid, asma, jantung tersumbat, buah pinggang, mencairkan darah, batu karang, kencing manis, darah tinggi, prostat, buasir, saraf, bisa sendi tulang, parkinson, kanser, luekemia dan angin ahmar. Pergh...!!! korang tengok power tak power air herba ajaib nie...!!! Satu jenis air jer sudah boleh "sapu" kesemua penyakit tu...!!! .memang tiptop ...!!! 
Erm...Nampaknya ramai jugak VVIP yang telah mencuba air herba ajaib ini yer.

SUK Negeri Melaka (tiga dari kanan) turut menikmati air herba ajaib Pak Anuar.



Kepada yang berminat...boleh lah korang mencubanya...
Lokasi : Jalan Kg Parit Melana (Ulu Seraja) 76100 Durian Tunggal Melaka.


Kita  berusaha....hanya Allah swt sahaja yang menyembuhkannya...in sya Allah.

TEKOO : Sekali sekala kita larik dari topik politik. :)


Wednesday, October 14, 2015

DEMI SURVIVAL UMNO DAN BARISAN NASIONAL..., DALANG 1MDB MESTI DI BAWA KE MUKA PENGADILAN SEBELUM PRU14

Aku rasa dah naik muak baca kisah isu 1MDB nie...walaupun dah lama berlarutan tapi seakan macam tak nampak penghujung kesudahannya. Aku berharap sangat DALANG 1MDB ini diheret segera ke muka pengadilan....tak kiralah DALANG ni sedang "menyerupai wajah siapa" kerana ternyata DALANG ini telah berjaya melunturkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti keramat  UMNO.

Kalau sampai Raja Raja Melayu pun dah bersuara....ini kira kes berat bro...



KENYATAAN RAJA-RAJA MELAYU
Berikutan mesyuarat Pre-Council Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan berikut:
1. Raja-raja Melayu amat prihatin terhadap rasa resah dan kebimbangan yang telah disembah maklum oleh rakyat menyentuh kritikan terhadap kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah rakyat mentadbir negara. Budi bicara Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu telah dipohon untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang melanda negara ketika ini.
2. Sesungguhnya Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni. Justeru itu, Raja-raja Melayu setelah berbincang bersama, merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan persoalan dan kontroversi yang sedang melanda negara ketika ini, iaitu isu 1MDB. Raja-raja Melayu maklum bahawa Kerajaan pada ketika ini sedang melakukan siasatan. Baginda sekalian menegaskan perlunya pihak Kerajaan menyelesaikan dengan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan. Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan.
3. Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberikan impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.
4. Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata yang dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
5. Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara. Demi memastikan Kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang. Untuk itu badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi Kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah ILAHI dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti. Pemimpin-pemimpin hendaklah senantiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan Negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
6. Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing. Raja-raja Melayu menzahirkan peringatan bahawa hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur. Oleh itu hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.
Dikeluarkan oleh
Dato Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015

Dikhabarkan oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kenyataan Majlis Raja Raja Melayu ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri pun meminta masa selama enam bulan iaitu sekitar Januari tahun hadapan agar ianya boleh diselesaikan secara total. 

TEKOO : Ermmm....sama sama lar kita tunggu.....kalau selesai...bagus....kalau tidak...al quyub ler jawabnya...

Thursday, October 1, 2015

MORAL OF THE STORY : INILAH YANG ORANG ISLAM AKAN "DAPAT": SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN@PAKATAN HAPRAK MEMERINTAH...!!!

Baru dapat memerintah sebuah negeri sahaja, DAPig nie sudah menunjukkan sifat kurang ajar dan tidak menghormati agama rasmi Negara Malaysia iaitu Agama Islam. DAPig yang diketahui "menguasai" Pakatan Harapan@Pakatan Haprak sudah semestinya akan lebih kurang ajar sekiranya mereka berpeluang menguasai negara.
TEKOO : Melayu kena bersatu ....FIKIR FIKIRKANLAH.....!!!

Tuesday, September 29, 2015

INI DIA TAKTIK TERBARU DAP PORAKPERANDAKAN EKONOMI MALAYSIA...?????

DAPig dan macai macainya harus berhenti dari mengambil kesempatan untuk menjahanamkan hubungan baik di antara Kerajaan Malaysia dan Negara China. Adalah agak malang apabila Duta Besar China ke Malaysia ini turut diheret kedalam kancah politik tempatan. DAPig dan macai macainya mesti menghentikan tindakan atau apa apa perkataan yang boleh menjejaskan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dengan baik selama berdekad yang lalu. Parti MCA juga telah dihentam dan diserang di media sosial akibat dari putarbelit DAPig terhadap kenyataan Dr Huang Hui Kang, Duta Besar China ke Malaysia yang telah diviralkan di media sosial. Kenyataan pada 25 September 2015 di Petaling Street yang mendakwa Dr Huang menyatakan bahawa Negara China tidak akan berdiam diri sekiranya Kaum Cina di Malaysia diserang tidak mencerminkan kebenaran dan telah diputarbelitkan. 

Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong turut mempertahankan Dr Huang dengan memberi penjelasan sebenar situasi yang berlaku.

  1. Dr Huang tidak sama sekali menyatakan " Negara China tidak akan berdiam diri sekiranya kaum Cina di Malaysia di serang"...ini adalah kenyataan yang sengaja diputarbelitkan oleh DAPig. Dr Huang menegaskan bahawa Negara China menghormati kedaulatan Malaysia dan tidak akan mencampuri urusan negara lain.
  2. MCA ingin mengingatkan DAPig bahawa  sebagaimana duta duta negara lain,  Negara China, akan menjaga dan melindungi kepentingan rakyat Negara China sendiri sahaja,
  3. Dr Huang menyokong nilai nilai sejagat bahawa Negara China menentang sebarang bentuk perkauman dan keganasan. (sama seperti Negara Malaysia menentang sebarang bentuk penindasan seperti di Palestin dan lain lain)
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sudah seharusnya kita menjaga hubungan baik Negara China dan Malaysia apatah lagi Negara China merupakan rakan dagangan utama Malaysia. Jelas, ada pihak yang sedang cuba mengerohkan hubungan baik ini yang secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara. NGO, pengguna media sosial seperti facebook yang terus menerima bulat bulat provokasi DAPig ini dan memberitahu Duta Negara China untuk "pergi balik China" perlu berwaspada dan tidak harus terpengaruh dengan putarbelit DAPig.

Datuk Sri Ti Lian Ker
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
- terjemahan ikut cita rasa aku  :)


Ermm....DAPig yang mencari peluang untuk "spin" kenyataan ini jelas telah berjaya...!!! Bagi aku.... kalau ada 10 berita yang ada kat facebook tu, konpem 8 darinya harus diragui dan dicari kebenarannya...jadi kita tak boleh "hadamkan" saja apa yang orang tulis kat facebook ni bro...!!! semua kena fikir dan tapis semula dengan waras....bukankah dah ada banyak contoh2nya sebelum nie ...!!! Ini realiti yang berlaku dalam kehidupan sosial berteknologi sekarang. Berita palsu dan fitnah2 sebegini telah menjadi sebahagian dari kehidupan rakyat Malaysia dan ianya sangat memudaratkan negara.


Sebagai contoh...kalau aku letak gambar kat atas nie di status facebook aku dan menyatakan bahawa ianya adalah GAMBAR ASLI....adakah korang akan percaya ???? weyyy....!!!... agak agak ler skit bro kalau nak percaya pun....!!! hehehe


TEKOO : aku harap Duta China nie mengambil pengajaran dan lebih berhati hati dengan DAPig kerana DAPig akan "drag" sesiapa sahaja asalkan hajat mereka untuk memporak perandakan negara tercapai....itupun kalau benar Duta China ini memang tiada niat untuk mencampuri urusan Negara Malaysia okkk...!!!
Wallahualam.....

Wednesday, September 23, 2015

PAKATAN BARU PEMBANGKANG BAKAL BERKUBUR TANPA KELIBAT PAS....????

PKR, DAPig dan Parti Amanah Negara (amanah lar sangat..!!!) telah bersetuju untuk bergabung dan membentuk sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Harapan. Persidangan meja bulat pembangkang telah bersetuju menubuhkan sebuah pakatan baru menggantikan Pakatan Rakyat yang secara rasminya telah "mampus". Presiden PKR, Kak Wan Jijah berkata, penubuhan pakatan baru ini merangkumi tiga parti politik sahaja iaitu PKR, DAPig dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN). PAS yang pada asalnya dijemput ke persidangan meja bulat ini pula telah menolak dengan tidak menghadirkan diri.


Ermm...baguslah Pakatan Rakyat dah takder sebab aku anggap perkataan "Rakyat" yang digunakan tidak melambangkan langsung yang mereka berjuang untuk kepentingan "Rakyat"....semuanya hanyalah untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Dengan ketiadaan PAS, sebuah parti yang mempunyai paling ramai ahli dalam pakatan pembangkang sebelum ini, sudah pastilah Pakatan Harapan (PH) cuma akan tinggal harapan saja untuk menguasai kerajaan....nampaknya PKR yang mempunyai ahli yang "chiput" terpaksa lah melutut dan mendapatkan belas ihsan dari DAPig bagi mendapatkan sokongan kaum Cina...nak harapkan sokongan orang Melayu???....lagi lar hancus...!!!!.nak harapkan parti baru Cap Ayam Mat Sabu...??? lagi lar jauh derrr....!!!

Kalau kita nengok status syok sendiri facebook dikalangan Ahli Politik DAP nie pula...ternyata pakatan baru ini menolak undang undang Islam terutama Hudud dan dengan secara tidak langsung sudah tentulah pakatan ini tidak akan mendapat sokongan daripada orang2 Melayu Islam.


Ermmm...dulu Barisan Alternatif....lepas tu Pakatan Rakyat...sekarang Pakatan Harapan lar pulak....nampak nau tak konsisten pakatan pembangkang nie....aku cuma tertanya tanya....apakah semua janji janji Pakatan Rakyat kepada Rakyat Malaysia sebelum ini dan semasa PRU lalu masih terpakai atau telah berkubur bersama Pakatan Rakyat...??? Wallahualam...aku rasa takder lar jawabnya..sebab mereka nie semua sembang jer lebih...kerja nak membangunkan negara atau negeri yang mereka perintah tak dibuat...banyak nau politiking saja.....aptb...!!!hehehe

Semoga pakatan baru ini juga bakal dikuburkan kedalam KERANDA oleh majoriti Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian pada PRU14 nanti...amin....


TEKOO : UMNO harus menjemput PAS untuk menyertai Barisan Nasional demi survival politik Melayu dan Islam....apa kata survey...????  :)


Tuesday, September 22, 2015

POLITIK KOTOR DAN MENJIJIKKAN DARI PKR...!!!!

PKR menggesa 47 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan parti pemerintah @ Barisan Nasional bagi membentuk pakatan bebas mereka sendiri dan bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang. Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah @ Nenek Kipas, baru baru ini.


Ermmm.... mungkin Wan Jijah ni dah terkena jangkitan penyakit Anjing Gila yang sedang berleluasa sekarang nie kot...atau dengan lain perkataan boleh aku katakan Wan Jijah menganggap kesemua 47 Ahli Parlimen tu tidak mempunyai maruah dengan meminta mereka menjadi KATAK..???  Nampaknya Pakatan Haprak sudah semakin terdesak dan dah tak tahu lagi macamana cara nak jatuhkan Najib...hehehe..!!! Mereka tersangatlah desperete sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral sebegini.

Aku harap Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak tidak akan terpedaya dengan janji janji manis Wan Jijah dan PKR...Mereka sebenarnya dah terlalu terdesak untuk menguasai Putrajaya.  Aku yakin, bila mereka dah dapat kuasi kerajaan, semua Ahli Parlimen yang "berpaling tadah" ini hanya akan 'makan pasir' saja dan segala janji janji manis mereka tidak akan mereka penuhi...Kalau betul ada maruah dan kalau betul dakwaan Wan Jijah majoriti rakyat dah tak menyokong kerajaan sekarang, .lawan lar secara terhormat dalam PRU14 nanti..apasal sampai nak curi curi Ahli Parlimen pulak...??? ermmm alahai....

Bagaimana PKR nak wujudkan pakatan baru sedangkan pakatan yang lama dengan PAS pun dah tunggang langgang dan hancur...!!! Kalau PAS yang merupakan sebuah parti yang besar pun mereka boleh permainkan, tidak mustahil perkara yang sama akan mereka lakukan terhadap Ahli Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak nie bila hajat mereka telah mereka capai...

Apapun, aku harap propaganda baru yang di bawa oleh Pakatan Haprak ini perlu di ambil serius juga oleh kepimpinan Tertinggi UMNO agar BN tidak terperangkap dengan dakyah dan permainan politik kotor pembangkang. 


TEKOO : dengar cerita Peristiwa 16 September 2008 dahulu memang hampir hampir nak berlaku...so kita kena lah lebih tumpuan dan tidak memandang remeh politik kotor PKR nie...

Monday, July 27, 2015

MOHON SPRM SIASAT ISU KOREK PASIR DI DUN GADEK, NEGERI MELAKA.

Sekitar bulan Jun 2015 yang lalu Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Gadek Parlimen Alor Gajah Negeri Melaka telah membuat LAPORAN POLIS dan menyatakan bantahan penduduk setempat mengenai Projek KOREK PASIR oleh syarikat milik Kerajaan Negeri Melaka. Isu pencerobohan Tanah Persendirian milik penduduk kampong, kemusnahan terdahulu yang menjangkau jutaan ringgit seperti tidak diambil ikhtibar dan tidak diendahkan oleh golongan yang sedang rakus menjarah dan "mencipta" kemusnahan alam sekitar di beberapa kampong di DUN Gadek ini, yang merangkumi Kg Pulau Sebang Selatan, Kuala Ina, Tg Rimau Luar dan kampong sekitarnya.
 

 
Erm...aku rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan isu ini. Penduduk kampong MENDAKWA ini adalah projek ALI BABA (dimana Ali Melayu kerjanya duduk tido kaut untung sikit sementara Baba Cina kerjanya korek pasir kaut untung banyak ) walaupun syarikat yang mendapat lesen adalah syarikat Kerajaan Negeri Melaka. Penduduk kampong juga MENDAKWA bahawa syarikat terbabit telah mula MENYEDUT pasir lar pulak....dah tak KOREK lagi....!!! pergh ...!!!! kalau kena sedut, gerenti kering kontang kawasan tu bro...!!! korang pun tahu beza antara sedut dengan korek kan...???
 
Laporan Polis oleh Pengerusi2 JKKK dalam DUN Gadek di Pejabat IPD Daerah Alor Gajah Melaka.
 
So...memandangkan segala bantahan JKKK DUN Gadek seperti dibuang "ke laut" kerana didakwa ada tangan tangan ghaib yang melindungi kerakusan syarikat ini...aku harap sangat pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Msia (SPRM) yang dikagumi kewibawaannya dan dikagumi ketelusannya agar dapat menjalankan siasatan keatas isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampong di DUN Gadek ini.

Sejauh mana DAKWAAN penduduk2 kampong ini...tidaklah dapat aku pastikan kesahihannya...wallhualam...
 

 
TEKOO : Terfikir jugak...mengapa DAPig diam membisu mengenai isu ini...???....ia melibatkan ramai pengundi dan sudah pasti mereka boleh meraih sokongan...!!!. Yang dapat aku andaikan...mungkin mereka nak simpan isu ini untuk Pilihanraya Ke14 yang hanya tinggal 1 tahun lebih saja lagi akan bermula kempennya.....kalau isu inilah yang dijadikan "PELURU" oleh DAPig,.... kompem ada yang tergolek nanti....adoyyy....!!!! sooo.....adalah lebih baik kita selesaikan isu ini secara BERHEMAH sebelum ianya menjadi lebih parah....!!! FIKIR FIKIRKANLAH....!!!!