Tuesday, September 29, 2015

INI DIA TAKTIK TERBARU DAP PORAKPERANDAKAN EKONOMI MALAYSIA...?????

DAPig dan macai macainya harus berhenti dari mengambil kesempatan untuk menjahanamkan hubungan baik di antara Kerajaan Malaysia dan Negara China. Adalah agak malang apabila Duta Besar China ke Malaysia ini turut diheret kedalam kancah politik tempatan. DAPig dan macai macainya mesti menghentikan tindakan atau apa apa perkataan yang boleh menjejaskan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dengan baik selama berdekad yang lalu. Parti MCA juga telah dihentam dan diserang di media sosial akibat dari putarbelit DAPig terhadap kenyataan Dr Huang Hui Kang, Duta Besar China ke Malaysia yang telah diviralkan di media sosial. Kenyataan pada 25 September 2015 di Petaling Street yang mendakwa Dr Huang menyatakan bahawa Negara China tidak akan berdiam diri sekiranya Kaum Cina di Malaysia diserang tidak mencerminkan kebenaran dan telah diputarbelitkan. 

Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong turut mempertahankan Dr Huang dengan memberi penjelasan sebenar situasi yang berlaku.

  1. Dr Huang tidak sama sekali menyatakan " Negara China tidak akan berdiam diri sekiranya kaum Cina di Malaysia di serang"...ini adalah kenyataan yang sengaja diputarbelitkan oleh DAPig. Dr Huang menegaskan bahawa Negara China menghormati kedaulatan Malaysia dan tidak akan mencampuri urusan negara lain.
  2. MCA ingin mengingatkan DAPig bahawa  sebagaimana duta duta negara lain,  Negara China, akan menjaga dan melindungi kepentingan rakyat Negara China sendiri sahaja,
  3. Dr Huang menyokong nilai nilai sejagat bahawa Negara China menentang sebarang bentuk perkauman dan keganasan. (sama seperti Negara Malaysia menentang sebarang bentuk penindasan seperti di Palestin dan lain lain)
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sudah seharusnya kita menjaga hubungan baik Negara China dan Malaysia apatah lagi Negara China merupakan rakan dagangan utama Malaysia. Jelas, ada pihak yang sedang cuba mengerohkan hubungan baik ini yang secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara. NGO, pengguna media sosial seperti facebook yang terus menerima bulat bulat provokasi DAPig ini dan memberitahu Duta Negara China untuk "pergi balik China" perlu berwaspada dan tidak harus terpengaruh dengan putarbelit DAPig.

Datuk Sri Ti Lian Ker
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA
- terjemahan ikut cita rasa aku  :)


Ermm....DAPig yang mencari peluang untuk "spin" kenyataan ini jelas telah berjaya...!!! Bagi aku.... kalau ada 10 berita yang ada kat facebook tu, konpem 8 darinya harus diragui dan dicari kebenarannya...jadi kita tak boleh "hadamkan" saja apa yang orang tulis kat facebook ni bro...!!! semua kena fikir dan tapis semula dengan waras....bukankah dah ada banyak contoh2nya sebelum nie ...!!! Ini realiti yang berlaku dalam kehidupan sosial berteknologi sekarang. Berita palsu dan fitnah2 sebegini telah menjadi sebahagian dari kehidupan rakyat Malaysia dan ianya sangat memudaratkan negara.


Sebagai contoh...kalau aku letak gambar kat atas nie di status facebook aku dan menyatakan bahawa ianya adalah GAMBAR ASLI....adakah korang akan percaya ???? weyyy....!!!... agak agak ler skit bro kalau nak percaya pun....!!! hehehe


TEKOO : aku harap Duta China nie mengambil pengajaran dan lebih berhati hati dengan DAPig kerana DAPig akan "drag" sesiapa sahaja asalkan hajat mereka untuk memporak perandakan negara tercapai....itupun kalau benar Duta China ini memang tiada niat untuk mencampuri urusan Negara Malaysia okkk...!!!
Wallahualam.....

Wednesday, September 23, 2015

PAKATAN BARU PEMBANGKANG BAKAL BERKUBUR TANPA KELIBAT PAS....????

PKR, DAPig dan Parti Amanah Negara (amanah lar sangat..!!!) telah bersetuju untuk bergabung dan membentuk sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Harapan. Persidangan meja bulat pembangkang telah bersetuju menubuhkan sebuah pakatan baru menggantikan Pakatan Rakyat yang secara rasminya telah "mampus". Presiden PKR, Kak Wan Jijah berkata, penubuhan pakatan baru ini merangkumi tiga parti politik sahaja iaitu PKR, DAPig dan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN). PAS yang pada asalnya dijemput ke persidangan meja bulat ini pula telah menolak dengan tidak menghadirkan diri.


Ermm...baguslah Pakatan Rakyat dah takder sebab aku anggap perkataan "Rakyat" yang digunakan tidak melambangkan langsung yang mereka berjuang untuk kepentingan "Rakyat"....semuanya hanyalah untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Dengan ketiadaan PAS, sebuah parti yang mempunyai paling ramai ahli dalam pakatan pembangkang sebelum ini, sudah pastilah Pakatan Harapan (PH) cuma akan tinggal harapan saja untuk menguasai kerajaan....nampaknya PKR yang mempunyai ahli yang "chiput" terpaksa lah melutut dan mendapatkan belas ihsan dari DAPig bagi mendapatkan sokongan kaum Cina...nak harapkan sokongan orang Melayu???....lagi lar hancus...!!!!.nak harapkan parti baru Cap Ayam Mat Sabu...??? lagi lar jauh derrr....!!!

Kalau kita nengok status syok sendiri facebook dikalangan Ahli Politik DAP nie pula...ternyata pakatan baru ini menolak undang undang Islam terutama Hudud dan dengan secara tidak langsung sudah tentulah pakatan ini tidak akan mendapat sokongan daripada orang2 Melayu Islam.


Ermmm...dulu Barisan Alternatif....lepas tu Pakatan Rakyat...sekarang Pakatan Harapan lar pulak....nampak nau tak konsisten pakatan pembangkang nie....aku cuma tertanya tanya....apakah semua janji janji Pakatan Rakyat kepada Rakyat Malaysia sebelum ini dan semasa PRU lalu masih terpakai atau telah berkubur bersama Pakatan Rakyat...??? Wallahualam...aku rasa takder lar jawabnya..sebab mereka nie semua sembang jer lebih...kerja nak membangunkan negara atau negeri yang mereka perintah tak dibuat...banyak nau politiking saja.....aptb...!!!hehehe

Semoga pakatan baru ini juga bakal dikuburkan kedalam KERANDA oleh majoriti Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian pada PRU14 nanti...amin....


TEKOO : UMNO harus menjemput PAS untuk menyertai Barisan Nasional demi survival politik Melayu dan Islam....apa kata survey...????  :)


Tuesday, September 22, 2015

POLITIK KOTOR DAN MENJIJIKKAN DARI PKR...!!!!

PKR menggesa 47 Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan parti pemerintah @ Barisan Nasional bagi membentuk pakatan bebas mereka sendiri dan bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang. Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah @ Nenek Kipas, baru baru ini.


Ermmm.... mungkin Wan Jijah ni dah terkena jangkitan penyakit Anjing Gila yang sedang berleluasa sekarang nie kot...atau dengan lain perkataan boleh aku katakan Wan Jijah menganggap kesemua 47 Ahli Parlimen tu tidak mempunyai maruah dengan meminta mereka menjadi KATAK..???  Nampaknya Pakatan Haprak sudah semakin terdesak dan dah tak tahu lagi macamana cara nak jatuhkan Najib...hehehe..!!! Mereka tersangatlah desperete sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak bermoral sebegini.

Aku harap Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak tidak akan terpedaya dengan janji janji manis Wan Jijah dan PKR...Mereka sebenarnya dah terlalu terdesak untuk menguasai Putrajaya.  Aku yakin, bila mereka dah dapat kuasi kerajaan, semua Ahli Parlimen yang "berpaling tadah" ini hanya akan 'makan pasir' saja dan segala janji janji manis mereka tidak akan mereka penuhi...Kalau betul ada maruah dan kalau betul dakwaan Wan Jijah majoriti rakyat dah tak menyokong kerajaan sekarang, .lawan lar secara terhormat dalam PRU14 nanti..apasal sampai nak curi curi Ahli Parlimen pulak...??? ermmm alahai....

Bagaimana PKR nak wujudkan pakatan baru sedangkan pakatan yang lama dengan PAS pun dah tunggang langgang dan hancur...!!! Kalau PAS yang merupakan sebuah parti yang besar pun mereka boleh permainkan, tidak mustahil perkara yang sama akan mereka lakukan terhadap Ahli Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak nie bila hajat mereka telah mereka capai...

Apapun, aku harap propaganda baru yang di bawa oleh Pakatan Haprak ini perlu di ambil serius juga oleh kepimpinan Tertinggi UMNO agar BN tidak terperangkap dengan dakyah dan permainan politik kotor pembangkang. 


TEKOO : dengar cerita Peristiwa 16 September 2008 dahulu memang hampir hampir nak berlaku...so kita kena lah lebih tumpuan dan tidak memandang remeh politik kotor PKR nie...