Monday, April 13, 2015

RAKYAT DESAK PENGURUSAN TERTINGGI KWSP LETAK JAWATAN...????

"BN nie memang nak kena...!!! isu GST pun belum habis lagik, dia dah tambah dengan KWSP nie..!!! ooOO..!!!...menteri2 pandai pulak ko naikkan elaun....rakyat ko tindas dengan GST dan sekarang bila kita dah nak mampus baru ko bagi kuar duit...!!! Memang aku takkan undi lagi BN nie...!!! apa nak jadi pun jadilah...!!! " - kata salah seorang penyokong TEGAR Barisan Nasional di sebuah kedai kopi.

Walau pun pahit dan menikam sehingga ke jantung aku...tu lar diantara dialog yang aku dengar (ulang sekali lagi...aku DENGAR dan BUKAN aku CAKAP yer..!!!)..kat kedai kopi di kampung aku sehingga memaksa aku cabut angkat kaki sebab tak tahan dengar ayat2 power dia.


Kadang2 aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena jer ngan pegawai2 tinggi dalam beberapa jabatan atau agensi kerajaan ni. Almaklum lar, bukan menjadi rahsia lagi terdapat segelintir kakitangan kerajaan yang memang menyokong pembangkang. Bukannya aku nak menuduh tetapi itulah realitinya. Diantara contoh terkini....isu KWSP nie lar...!!!, perkara yang belum dibawa kepengetahuan Kabinet dan setakat hanya baru "DIPERTIMBANGKAN" telah awal2 lagi dihebohkan kat media sampai membuatkan rakyat marah. Lepas nie kemungkinan Kabinet tidak akan meluluskan perkara tersebut (agak aku lar..) tetapi aku rasa dah tak berguna lagi keputusan tu kerana "the damage has been done there". Perasaan marah tu dah ada kat dalam hati rakyat umpama api dalam sekam dan menambahkan lagi keburukan ianya akan di terjemahkan dalam bentuk undi pada PRU14 nanti ataupun paling awal dalam PRK Permatang Pauh dan PRK Rompin. Contoh yang sama berlaku pada KPDNKK yang secara gila2 mencadangkan kenaikan perkhidmatan pengangkutan hingga membuatkan rakyat marah tetapi akhirnya beberapa perkara tidak diluluskan oleh Kabinet Malaysia.

Ermm... aku rasa memang tidak sesuai statement nie dikeluarkan pada masa sekarang. 
Pertamanya kerana rakyat belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan pelaksanaan GST...dan sekarang korang dah tambah lagi satu beban dengan isu KWSP ni Sepatutnya, korang berilar masa sedikit kalau nak kuar statement 'bodoh' macam nie.
Keduanya, tak lama lagi kan PRK di Permatang Pauh dan Rompin..!!! Sudah pasti isu KWSP ni akan menjadi senjata ampuh pembangkang untuk melanyak Barisan Nasional...!!!! Tak pasal2 kita serah bom tangan kat pembangkang untuk bom diri kita sendiri...!!! adoyai..aptb...!!! Korang pun tahu kan...kebanyakan pengundi2 tegar Barisan Nasional adalah golongan2 orang lama dari saluran 1 dan saluran 2 dan mereka ini akan terkesan secara langsung dengan isu KWSP nie. Aku khuatir sebahagian besar dari mereka tidak akan mengundi Barisan Nasional sebagai menzahirkan rasa kecewa mereka dengan keputusan untuk melanjutkan had umur pengeluaran KWSP ini kepada 60 tahun. Kalau keputusan tak jadi nak naikkan had umur pun...segelintir dari mereka tetap akan berbuat demikian...tak ker naya tuh...!!!

Aku rasa ada pendekatan lain yang boleh digunakan untuk mendidik rakyat agar menggunakan wang KWSP mereka dengan bijaksana bila sampai masa mereka mengeluarkan wang tersebut. Janganlah kerana hanya segelintir yang tidak pandai mengurus wang KWSP mereka, korang anggap yang lain pun sama. Diantara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah mewajibkan pencarum KWSP menghadiri kursus caramana mengurustadbir kewangan dan implikasi2 buruk sekiranya mereka gagal mengurus sebelum mereka dibenarkan mengeluarkan duit KWSP mereka...lagipun tidak semua yang akan bersara pada umur 60 tahun....itu kan cuma opsyen kerana mereka boleh bersara lebih awal.



Jadinya, harapan aku...pada lain kali...kalau apa2 keputusan yang melibatkan sentimen kemarahan rakyat dan yang melibatkan perkara2 sensitif...ianya hendaklah di bawa kepengetahuan kabinet dulu sebelum di war2kan ke pengetahuan rakyat. Lainlar kalau Kabinet Malaysia memang ada hasrat nak melaksanakannya dan memang membenarkan pegawai berkenaan mengumumkannya kepada pihak media...wallahualam...

Pertahankanlar KWSP sebagai "SIMPANAN HARI TUA ANDA" dan bukannya sebagai....


TEKOO : Banyak lagi cadangan lain yang boleh digunapakai bro..!!!!

7 comments:

  1. kau berani buat - No more undi for BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
      KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU BAKTIAR YUNITA, KAMI TINGGAL SARAWAK PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA KI JAYA NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA KY JAYA BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
      ANGKA NAIK YAITU,DI.
      SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D [ ,8-9-9-7-6-5]
      SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,KI JAYA…
      DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,19,04 ,2015…
      ….
      SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,085-321-606-847—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
      TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…
      ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, KI JAYA…
      DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
      Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada KI JAYA yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari KI JAYA yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada KI JAYA…di nmr hpnya [085-321-606-847] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
      DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos
      angka ritual gaib kuda lari
      TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
      SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
      MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
      DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA KI JAYA…..
      Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>

      Delete
  2. Dasar kerajaan terdedah kepada setiap bentuk serangan dan sabotaj dari kalangan pegawai2 tinggi peneraju GLC, Jab.2 atau badan berkanun...
    dan yang nyata tiada sebarang tindakan dari pihak kerajaan (blurrr). Kerajaan akan sentiasa di"tembak" dari dalam dan dari luar tanpa sebarang tindakbalas .... bila kita komplen, depa kata kerajaan kuat dan dapat majoriti senyap... huh perasan bebenor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdr sabotajnya jang...dah mmg dr mentri bodh...pegawai kjaan bodoh...blogger pun bodoh...apa nk buat

      Delete
  3. GILA punya idea. Kalau betul2 nak tolong, naikkan kadar potongan bulanan dari pekerja dan majikan. Pekerja swasta tak kisah kerana ini untuk jaminan masa hadapan. Bukannya dengan melanjutkan tempoh pengeluaran ke 60 tahun. Masa sekarang ni, dapat hidup hingga usia 50 dah kira bonus. INI DUIT PEKERJA SWASTA dan bukan duit kerajaan. AGAK-AGAKNYA BN DAH BOSAN NAK MEMERINTAH KOT....Untuk pemberi idea ini......nah hadiah dari aku.....KHAAAAK.....PUIIIIIII....

    ReplyDelete
  4. Tun M tolong lah kami...hanya Tun M di hati kami dan dapat membantu kami..tolonglah bgtau kat PM apa-2 pun janganlah dok kacau KWSP kami....KWSP hanya utk kakitangan swasta. Kami tak setuju sekiranya kerajaan ganggu KWSP, hanya itu yang kami ada utk di hari tua...kami bangkang 2000% tak setuju sekiranya pengeluaran KWSP 60 tahun, gila ka depa ni...umur 55 tu dah ok...tak perlu tunggu sehingga 60, usia 56 tu sesuai utk kami tambahkan lagi ibadah akhirat bukan untuk bekerja...dan bg yg tak mampu ke tanah suci di masa muda, usia sebegini dan duit KWSP lah tujuan utk kami menunaikan haji. KERAJAAN JANGAN ganggu KWSP kami, cukupla setakat ni ampa bagi segala kemewahan kepada kakitangan awam sedangkan prestasi kerja tetap di takok yang lama...LEMBAB dan LAMBAT dalam segala urusan pentadbiran. Kami kakitangan swasta sentiasa kejar masa, output, target sentiasa pantas dalam menjalankan tugas sedangkan tiada siapa yang prihatin dengan kami...kami juga tak pernah dibantu oleh kerajaan sedangkan sumber negara datanganya dari SWASTA...inikan pulak nak ganggu duit kami yang dikumpul dari zaman muda sehingga kini....PIKIRKANLAH...

    ReplyDelete
  5. KWSP tu baru nak timbang je. Cukuplah beri respon setuju x setuju atau beri cadangan yang lebih baik. X yah nak kutuk sana hentam sini. Jadilah orang yang bersopan santun. Nape setiap isu nak kaitkan ngan kebencian. Kalau orang maki hamun anda sukakah anda?.........

    ReplyDelete