Sunday, February 14, 2016

BANTUAN MANGSA BANJIR PARLIMEN ALOR GAJAH OLEH BIRO HELB PEMUDA UMNO MALAYSIA

DURIAN TUNGGAL 14 FEBRUARI 2016 :

Kejadian banjir besar yang berlaku di Parlimen Alor Gajah Melaka baru baru ini, telah membawa Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pemuda UMNO Malaysia untuk sama sama menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa banjir ini. Menurut YB En Anuar bin Manap, Pengerusi Biro HELB merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia, musibah banjir ini mungkin ada hikmahnya yang tidak di ketahui dan berharap kesemua mangsa banjir bersabar dan redha dengan kejadian ini. Biro HELB telah menghulurkan bantuan berupa tilam, bantal, cadar dan beberapa peralatan asas yang kebanyakannya musnah dan rosak akibat banjir. Bantuan pada kali ini tertumpu kepada 100 buah keluarga Ketua Isi Rumah dari golongan pemuda di dalam Parlimen Alor Gajah. Untuk makluman, keseluruhan keluarga yang terlibat di dalam Parlimen Alor Gajah adalah sebanyak 480 buah keluarga sementara bagi keseluruhan Negeri Melaka adalah sebanyak lebih 1,000 buah keluarga. Menurut Anuar, program bantuan bencana banjir kali ini di taja sepenuhnya oleh Glocal Link, sebuah anak syarikat MARA. Majlis ini turut di hadiri oleh YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip, ADUN Durian Tunggal dan Abd Halim bin Hj Daud, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka.


Menurut Anuar lagi, Biro HELB turut mengadakan Program "APA KHABAR BRO" yang membawa suara orang muda terutama dari kawasan luar bandar kepada Pemuda UMNO Malaysia. Program "APA KHABAR BRO" merangkumi program Sembang Santai, bantuan serta khidmat nasihat perniagaan dan membantu apa jua permasalahan yang dihadapi oleh golongan muda. Program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), TEKUN, Jabatan Pertanian, MARA dan beberapa agensi kerajaan. Diharapkan program "APA KHABAR BRO" akan mendekatkan lagi UMNO di hati pengundi golongan muda ini.



TEKOO : UMNO terus mara....untuk rakyat Malaysia.

Friday, February 12, 2016

MAT SABU BANKRUP...??? JANGAN KHUATIR...!!! TIN MILO KAN ADA...!!!!


Mahkamah Tinggi telah menetapkan 11 Ogos ini untuk bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk memfailkan petisyen pemiutang terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamed Sabu, untuk mendapatkan RM200,000 serta lain lain kepentingan berkaitan.
Noor Hazira Abu Haiyan (peguam) berkata notis kebankrapan telah disampaikan kepada Mat Sabu (gambar hensem di bawah) pada 3 Feb, tetapi dia telah gagal mematuhi perintah tersebut.
"Notis kebankrapan telah dikeluarkan berikutan kegagalan Mat Sabu untuk membayar Wan Ahmad selepas beliau tewas dalam saman fitnah pada Mac 2014."


Ermm... patutlah Mat Sabu hangin semacam jer semenjak dua menjak nih...sampai baling2 mikrofon lagik ..!!!! Rupa rupanya Mat Sabu didapati bersalah oleh mahkamah kerana menfitnah tetapi masih belum membayar saman tersebut setelah 2 tahun berlalu dan mengakibatkan beliau bakal diistihar BANKRUP....!!!

Kesian aku nengok Mat Sabu nih...nama saja presiden Parti Amanah....tapi tingkah laku ko...., pemikiran ko...memang takder berkait langsung dengan sifat2 AMANAH tu wahai Mat Sabu...!!! asyik nak kencing orang jer kerja ko...!!!! korang perhatikanlah akhlak mamat ni kat video di bawah...amat memalukan...


So nampaknya ahli parti Amanah kenalar tolong presiden parti mereka yang tak amanah ni....hehehe


TEKOO : Mungkin Tokong LGE akan settlekan kot...!!! syaratnya Mat Sabu kenalar ikut cakap Tokong LGE...

Tuesday, February 2, 2016

SATU LAGI PRODUK PELANCUNGAN BAHARU MELAKA YANG BAKAL MENGGAMIT RATUSAN RIBU PELANCUNG DARI NEGARA CHINA...

" Sejak kewujudannya pada 2 Oktober 2015 lalu, Machap Walk telah berjaya menarik kunjungan hampir 100,000 orang. Inilah di antara bukti betapa hebatnya Machap Walk yang terletak di DUN Machap, Parlimen Alor Gajah yang bakal menjadi satu lagi produk pelancungan Kerajaan Negeri Melaka bermula tahun ini " - Begitulah diantara ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Lai Meng Chong, Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap ADUN Machap didalam ucapan aluannya sempena Majlis Perasmian Machap Walk yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka baru baru ini.

Kehadiran YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka telah disambut oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, YB Datuk Koh Nai Kwong bersama 4 dari 5 ADUN di dalam Parlimen Alor Gajah, iaitu ADUN Rembia, ADUN, Gadek, ADUN Durian Tunggal serta ADUN Machap.


MACHAP WALK
 - semuanya adalah mengenai makanan yang enak enak bagi kaum Cina...!!! Terletak kira kira 30km dari Bandar Melaka, Machap Walk beroperasi pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula sekitar 6 ptg hingga 11.00 mlm. Sesuai dengan semangat 1Malaysia, Machap Walk juga turut menerima peniaga peniaga dari kaum India dan Melayu. Pelbagai jenis makanan kaum Cina seperti cha lei hakka, muar otak otak, itik panggang, laksa, tomyam dan lain lain boleh dinikmati di sini..


Waze: Machap Baru
GPS: 2.380381'N, 102.329353'E
TEKOO: Tahniah di atas usaha YB Datuk Koh dan YB Datuk Lai....semoga apa yang "tersirat" juga akan tercapai...      :)