Saturday, June 25, 2016

JAWATAN SORANG KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN DI NEGERI MELAKA DIGANTUNG..???

Assalamualaikum wbt.
Biro Politik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX Melaka telah mengadakan mesyuarat pada 24 Jun 2016 jam 10.30 mlm susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (MT) 24 Jun 2016 menggantung jawatan Sdr XXXXX sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX sesi 2013/2016 sehingga pemilihan akan datang.
Oleh itu, barisan Biro Politik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX akur dengan keputusan MT serta dengan ini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX secara automatik memangku Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.
Sekian untuk makluman tuan, Terima kasih.

Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian XXXX XXXXX



Ermm.... begitular berita terkini yang aku dengar sekarang mengenai status jawatan Ketua Pemuda UMNO di salah satu Bahagian di Negeri Melaka. Sekiranya benar, aku turut melahirkan rasa kecewa dengan situasi tersebut dan berharap mamat ni akan tabah menghadapi musibah ini. Mungkin ramai terutama dikalangan Pemuda UMNO Bahagian ini merasa kecewa kerana maklumlar, beliau aku anggap seorang yang agak berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon PRU14 di DUN kelahiran beliau tetapi masalah yang "dicipta" sendiri ini telah membuatkan potensi itu hancur bederai derai. 

Mungkin tak kurang juga yang bergolek golek bertepuk tangan  kerana menganggap merekalah yang paling berpotensi sekarang sebagai calon PRU14 di DUN yang aku maksudkan seperti diatas. Harus diingat bro, rezeki ditangan Allah...belum tentu ia akan menjadi kenyataan sekiranya Allah tidak mengizinkan....jadinya janganlar korang suka sangat yer...!!!

So...kepada ahli UMNO Bahagian berkenaan...terutama pemudanya......sama samalah korang menguatkan lagi parti keramat ini kerana pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan harus diteruskan. Dan lagik satu......tak perlu lagi ada dakwaan yang mengatakan Kepimpinan UMNO Bahagian meminggirkan individu ini kerana status beliau yang telah memaksa keadaan ini berlaku.

Adios...amingos....Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)



TEKOO: Sori bro...kalau aku tak tulis berita ini...orang lain akan tulis jugak.