Monday, December 12, 2016

KETAHUI FUNGSI SEBENAR YANG DI-PERTUAN AGONG

TEKOO : Aku yakin korang pernah dengar perkataan "Institusi Raja adalah benteng terakhir bagi melindungi Hak Istemewa Orang Melayu" dan aku yakin korang masih ingat lagi pada tahun 1993 bagaimana tindakan Tun Mahadey memansuhkan kekebalan Raja Raja Melayu dengan meminda Perlembagaan Malaysia. Tindakan "orang tua nak mampos" ni jelas menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak bermoral terhadap Raja Raja Melayu pada ketika itu.
So...sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong yang ke 15 ini, mari kita ketahui fungsi sebenar Yang Di-Pertuan Agong dan mengapa kita Orang orang Melayu harus mempertahankan institusi yang dianggap sebagai benteng terakhir orang orang Melayu ini. Baca sampai habis tau...penat aku taip nie...!!!


Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Malaysia adalah umpama payung yang menaungi rakyat dan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan fahaman di negara ini. Pada 14 Oktober 2016 yang lepas, Majlis Raja Raja Melayu telah memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang Di-Pertuan Agong ke 15.

Baginda, yang juga Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, bakal menggantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 14. Sehubungan itu, bagi menyempurnakan proses penerimaan jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V akan mengangkat sumpah jawatan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Baginda akan melafaz sumpah itu dengan disaksikan Raja-Raja Melayu dalam satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) di Istana Negara pada 13 Disember 2016.


Menurut Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam,  apa yang dituntut oleh perlembagaan bagi menyempurnakan pelantikan Yang Di-Pertuan Agong ialah sumpah jawatan seperti yang tertera dalam perkara 37, Bahagian Tiga, Jadual Ke empat Perlembagaan Persekutuan.

Sumpah itu merangkumkan secara keseluruhan tanggungjawab besar dipikul Yang Di-Pertuan Agong, yakni meliputi 4 perkara iaitu :-
  • Mengikut undang undang dan perlembagaan sedia ada dan akan datang.
  • Menegakkan kedaulatan undang undang.
  • Menjalankan pemerintahan dengan adil dan aman.
  • Memelihara agama Islam.
Shamrahayu berkata peranan baginda diramal akan lebih menyerlah pada masa hadapan berikutan situasi masa kini yang semakin mencabar. "Mungkin sebelum ini rakyat tidak nampak fungsi Yang Di-Pertuan Agong itu dalam keadaan politik yang stabil. Bagaimanapun keadaan dahulu berbeza daripada sekarang, situasi perpaduan Orang Melayu telah berbeza, begitu juga perpaduan antara kaum turut berbeza. Saya fikir penyerlahan peranan dan kuasa Raja itu akan berlaku lebih besar lagi pada masa akan datang, mengikut kehendak perlembagaan." kata beliau.

Katanya kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sering di salah tafsir sebagai simbol adat semata-mata. Malah ramai yang menyamakan sistem pemerintahan beraja di tanahair dengan sistem beraja di England. Shamrahayu menafikan dakwaan itu. "Sistem pemerintahan beraja di England tidak langsung mengikhtiraf kedudukan Ratu mereka dalam perundangan bertulis negara itu. Ini berbeza dengan sistem Raja Berpelembagaan di negara kita yang telah di tulis dalam perlembagaan. Bermakna, kalau kita ada perlembagaan bertulis, kita kena ikut perlembagaan bertulis itu dan ia adalah Undang Undang Tertinggi negara."

Yang Di Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman, seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam cabang eksekutif baginda mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri dan juga mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen. Perlembagaan tidak menetapkan sebarang syarat pada Yang Di-Pertuan Agong, misalnya dalam menjalankan fungsinya melantik Perdana Menteri, untuk membuktikan bahawa pilihan Baginda benar benar meraih sokongan majoriti Anggota Parlimen. Biasanya orang faham bahawa Yang Di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri. tetapi ada perkara perkara di mana Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut hemat baginda sendiri, menurut peruntukan Perlembagaan.

Bagi cabang Kehakiman pula, Yang Di-Pertuan Agong berperanan besar dalam melantik Ketua Hakim Negara dan hakim hakim lain berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Baginda juga diberi kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Yang Di-Petuan Agong turut berperanan sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan selain memegang amanah sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri negeri yang tidak mempunyai raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Baginda sendiri.

Kita mempunyai Perlembagaan yang meletakkan Raja sebagai Ketua Utama Negara dan memberikan sesetengah kuasa kepada Baginda. Pada masa yang sama, kita ada Kerajaan Demokrasi. Dua sistem ini berperanan mengimbangi antara satu sama lain.

Harapan kita sebagai rakyat tentulah supaya Yang Di-Pertuan Agong akan memayungi seluruh Warga Malaysia untuk kemakmuran Negara dari segi perpaduan kaum, ekonomi dan kesejahteraan politik. Dan yang utama juga adalah perpaduan dalam golongan Agamawan. Kita mengharapkan takhta Yang Di-Pertuan Agong akan menjadi titik rujukan untuk orang Islam bersatu.


7 Wasiat Raja Raja Melayu yang harus difahami oleh Orang Melayu serta kaum kaum lain.

No comments:

Post a Comment