Wednesday, October 14, 2015

DEMI SURVIVAL UMNO DAN BARISAN NASIONAL..., DALANG 1MDB MESTI DI BAWA KE MUKA PENGADILAN SEBELUM PRU14

Aku rasa dah naik muak baca kisah isu 1MDB nie...walaupun dah lama berlarutan tapi seakan macam tak nampak penghujung kesudahannya. Aku berharap sangat DALANG 1MDB ini diheret segera ke muka pengadilan....tak kiralah DALANG ni sedang "menyerupai wajah siapa" kerana ternyata DALANG ini telah berjaya melunturkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti keramat  UMNO.

Kalau sampai Raja Raja Melayu pun dah bersuara....ini kira kes berat bro...



KENYATAAN RAJA-RAJA MELAYU
Berikutan mesyuarat Pre-Council Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan berikut:
1. Raja-raja Melayu amat prihatin terhadap rasa resah dan kebimbangan yang telah disembah maklum oleh rakyat menyentuh kritikan terhadap kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah rakyat mentadbir negara. Budi bicara Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu telah dipohon untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang melanda negara ketika ini.
2. Sesungguhnya Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni. Justeru itu, Raja-raja Melayu setelah berbincang bersama, merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan persoalan dan kontroversi yang sedang melanda negara ketika ini, iaitu isu 1MDB. Raja-raja Melayu maklum bahawa Kerajaan pada ketika ini sedang melakukan siasatan. Baginda sekalian menegaskan perlunya pihak Kerajaan menyelesaikan dengan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan. Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan.
3. Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberikan impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.
4. Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata yang dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
5. Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara. Demi memastikan Kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang. Untuk itu badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi Kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah ILAHI dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti. Pemimpin-pemimpin hendaklah senantiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan Negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
6. Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing. Raja-raja Melayu menzahirkan peringatan bahawa hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur. Oleh itu hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.
Dikeluarkan oleh
Dato Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015

Dikhabarkan oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kenyataan Majlis Raja Raja Melayu ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri pun meminta masa selama enam bulan iaitu sekitar Januari tahun hadapan agar ianya boleh diselesaikan secara total. 

TEKOO : Ermmm....sama sama lar kita tunggu.....kalau selesai...bagus....kalau tidak...al quyub ler jawabnya...

2 comments:

  1. Dalang atau pihak yang hakikatnya membawa keuntungan besar kepada pelaburan 1MDB yang akan kita ketahui nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah kebenarannya hikayat persepsi cerita 1MDB ini. Sementara ni semua pihak boleh le nak buat kesimpulan sendiri atas cerita persepsi ini kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete