Tuesday, August 9, 2016

PINDAAN RUU355 ADALAH TANGGUNGJAWAB POLITIK SETIAP AHLI PARLIMEN BERAGAMA ISLAM.

Rang Undang Undang 355 (RUU 355) bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan pada 26 Mei lalu telah mendapat tentangan daripada parti pembangkang terutamanya DAPig. Lim Kit Siang berpendapat bahawa RUU 355 itu sebagai Rang Undang Undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah olah ia adalah daripada Allah swt.

Ermmm...aku rasa kita tinggalkan dulu pendapat Apek tua nak mampos di atas tu dulu dan kita fahamkan apa dia Pindaan Akta 355 ini...... yang sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan kuasa autonomi negeri untuk membendung gejala maksiat dan salahlaku syariah.

MAHKAMAH SYARIAH adalah warisan unggul Kesultanan Melayu/Islam yang telah berdaulat sejak permulaan kedaulatan Islam di alam Melayu. Kedaulatan Mahkamah Syariah kemudiannya diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP) berdasarkan Kuasa Negeri sebagaimana yang diberikan menurut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewujudkan sistem Kehakiman Negara, namun bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak akan tersentuh oleh Mahkamah Sivil.

Secara telitinya, prinsip2 yang termaktub dalam Butiran 1 tersebut di atas adalah seperti berikut :-

TERHAD KEPADA UMAT ISLAM
Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad hanya kepada orang yang menganut agama ISLAM. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut nakutkan masyarakat Bukan Islam.

TERHAD KEPADA PERKARA2 DALAM BUTIRAN 1 : Tidak termasuk perkara2 dalam senarai Persekutuan dan perkara2 lain dalam Senarai Negeri.
Butiran 1 juga menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada perkara2 yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara2 berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. Manakala dalam hal kesalahan (jenayah syariah) pula bidangkuasanya terbatas kepada "offences by persons profesing the religion of Islam againts precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List:"

Justeru Perlembagaan sendiri yang menghalang mahkamah Syariah membicarakan atau menghukum kesalahan2 yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) serta undang undang lain dibawah senarai Persekutuan. Justeru, kesalahan2 seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak, ragut tidak termasuk di bawah Mahkamah Syariah.

TERTAKLUK KEPADA HAD HUKUMAN MAKSIMUM YANG DITENTUKAN AKTA PERSEKUTUAN - AKTA 355
Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang2 berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu: bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang2 Persekutuan. Justeru pindaan A355 tidak boleh disifatkan sebagai "unconstitutional" kerana ia adalah keperluan Perlembagaan. Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan kesalahan berkaitan "offences against precept of Islam" sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang. Ia hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 2 adalah yang terpenting iaitu menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000-00 dan 6 sebatan(356) dan telah berkuatkuasa selama 32 tahun sejak tahun 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah banyak kali di pertingkatkan.

AUTONOMI LEBIH LUAS KEPADA NEGERI UNTUK MENCEGAH MAKSIAT DAN SALAHLAKU SYARIAH.
Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam enakmen2 Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan2 di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahan2 lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dsbnya masih tidak berubah.


PINDAAN AKTA 355 adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral yang sekarang ini berhadapan dengan gejala sosial yang amat serius. Jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman "3,5,6" untuk kesalahan terhadap manusia adalah terlalu ringan. Adakah kita ingin biarkan undang undang sedia ada melindungi kehormatan binatang lebih dari kehormatan manusia..??? Haruskah hukuman menyetubuhi haiwan adalah lebih tinggi dan menggerunkan berbanding meliwat manusia..???

BERKENAAN DENGAN ISU KESAMARATAAN, tidak timbul isu kesamarataan seperti yang disebutkan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana kesamarataan tersebut hanya merujuk kepada "genre" yang sama, sebagai contoh, Islam dan Bukan Islam adalah bukan kategori atau genre yang sama tetapi kategori yang sama ialah hukuman yang berlainan kepada 2 kumpulan orang Islam.




Kesimpulannya, Akta 355 adalah sebuah akta lama yang telahpun berusia 32 tahun (sejak 1984) yang menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000-00 dan 6 sebatan yang di anggap terlalu rendah dan bagi yang sabit kesalahan boleh settle denda ni "celah gigi" jer. Akta inilah yang hendak dipinda supaya hukumannya bersesuaian mengikut zaman masakini. So...kenapa DAPig beria ia sangat membantah pindaan nie..??? Bukannya ada kena mengena dengan diaorang pun...!!!

Dari andaian "nakal" aku, DAPig membantah kerana :-

  • hendak menjadi "jaguh" dan menambat hati pengundi2 Melayu yang sememangnya suka melakukan gejala2 sosial nie.(judi, arak, gro, kelab malam dsbnya)
  • ingin melihat akhlak orang Melayu terus lemah.
  • kalau Melayu tak memenuhi kelab2 malam, judi, tak minum arak....bisness kaum mereka akan terlokop ...

TEKOO : ini adalah soal agama Islam yang harus kita sokong tak kira apa fahaman politik kita...FIKIR FIKIRKAN LAH....!!!