Tuesday, March 17, 2015

KELOMPOK MANAKAH YANG PALING AWAL LAYAK DIANGKAT SEBAGAI "JEMUAN" DALAM UMNO...???


"Ketepikan benda-benda ini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan UMNO akan menang," katanya pada ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Konvensyen UMNO Kedah yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad itu dihadiri perwakilan UMNO daripada kesemua 15 bahagian parti di seluruh negeri. Najib berkata usaha mengeluarkan UMNO daripada dibelenggu elemen 'jemuan' dan 'tukang kipas' yang menggugat perpaduan parti adalah penting dalam memastikan masa depan UMNO.


"Ia lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah) kepada geran, walaupun ia tidak kurang mustahaknya. Kalau bersatu dengan suara sepasukan, insya-Allah, UMNO akan terus menang, itulah ramuannya," katanya.

Anggota UMNO, kata Najib, perlu meletakkan sasaran untuk memastikan parti terus kuat dan menang dalam pilihan raya, lebih tinggi daripada sebarang kepentingan peribadi. Katanya permasalahan dalaman parti perlu dikurangkan bagi memastikan sokongan masyarakat kekal terhadap UMNO. "Antara 'pull factor' (faktor penarik sokongan masyarakat kepada UMNO) adalah semangat sepasukan, kurangkan permasalahan dalaman dan jangan cantas-mencantas antara satu sama lain. Jangan wujud dua pasukan dalam satu bahagian sehingga kita serba salah nak pilih," katanya.

Beliau meminta anggota UMNO tidak mengulangi kesilapan terdahulu pada masa akan datang. UMNO, kata perdana menteri, tidak akan berjaya jika ia terus dibelenggu perpecahan, perbalahan dan persengketaan. Oleh itu, menurutnya, amat penting bagi anggota dan pemimpin UMNO supaya sentiasa fokus dalam usaha untuk memenangi hati rakyat dan memastikan ia kekal utuh.

Najib berkata anggota UMNO perlu merasai denyut nadi rakyat kerana untung nasib dalam menentukan kemenangan parti pada pilihan raya terletak di tangan rakyat.

SUMBER : BERNAMA



TEEKO : Kalau dalam PAS ada ANWARINAS ....dalam UMNO pula ada JEMUAN. Satu peringatan yang amat BAIK dari YAB Presiden parti keramat UMNO kepada ahli ahli UMNO agar kembali ke perjuangan asal iaitu demi AGAMA BANGSA & NEGARA.
berubahlah sebelum terlambat....!!!!

No comments:

Post a Comment