Sunday, February 14, 2016

BANTUAN MANGSA BANJIR PARLIMEN ALOR GAJAH OLEH BIRO HELB PEMUDA UMNO MALAYSIA

DURIAN TUNGGAL 14 FEBRUARI 2016 :

Kejadian banjir besar yang berlaku di Parlimen Alor Gajah Melaka baru baru ini, telah membawa Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pemuda UMNO Malaysia untuk sama sama menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa banjir ini. Menurut YB En Anuar bin Manap, Pengerusi Biro HELB merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia, musibah banjir ini mungkin ada hikmahnya yang tidak di ketahui dan berharap kesemua mangsa banjir bersabar dan redha dengan kejadian ini. Biro HELB telah menghulurkan bantuan berupa tilam, bantal, cadar dan beberapa peralatan asas yang kebanyakannya musnah dan rosak akibat banjir. Bantuan pada kali ini tertumpu kepada 100 buah keluarga Ketua Isi Rumah dari golongan pemuda di dalam Parlimen Alor Gajah. Untuk makluman, keseluruhan keluarga yang terlibat di dalam Parlimen Alor Gajah adalah sebanyak 480 buah keluarga sementara bagi keseluruhan Negeri Melaka adalah sebanyak lebih 1,000 buah keluarga. Menurut Anuar, program bantuan bencana banjir kali ini di taja sepenuhnya oleh Glocal Link, sebuah anak syarikat MARA. Majlis ini turut di hadiri oleh YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip, ADUN Durian Tunggal dan Abd Halim bin Hj Daud, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka.


Menurut Anuar lagi, Biro HELB turut mengadakan Program "APA KHABAR BRO" yang membawa suara orang muda terutama dari kawasan luar bandar kepada Pemuda UMNO Malaysia. Program "APA KHABAR BRO" merangkumi program Sembang Santai, bantuan serta khidmat nasihat perniagaan dan membantu apa jua permasalahan yang dihadapi oleh golongan muda. Program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), TEKUN, Jabatan Pertanian, MARA dan beberapa agensi kerajaan. Diharapkan program "APA KHABAR BRO" akan mendekatkan lagi UMNO di hati pengundi golongan muda ini.



TEKOO : UMNO terus mara....untuk rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment