Tuesday, February 2, 2016

SATU LAGI PRODUK PELANCUNGAN BAHARU MELAKA YANG BAKAL MENGGAMIT RATUSAN RIBU PELANCUNG DARI NEGARA CHINA...

" Sejak kewujudannya pada 2 Oktober 2015 lalu, Machap Walk telah berjaya menarik kunjungan hampir 100,000 orang. Inilah di antara bukti betapa hebatnya Machap Walk yang terletak di DUN Machap, Parlimen Alor Gajah yang bakal menjadi satu lagi produk pelancungan Kerajaan Negeri Melaka bermula tahun ini " - Begitulah diantara ucapan yang disampaikan oleh YB Datuk Lai Meng Chong, Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap ADUN Machap didalam ucapan aluannya sempena Majlis Perasmian Machap Walk yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka baru baru ini.

Kehadiran YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Hj Haron, Ketua Menteri Melaka telah disambut oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, YB Datuk Koh Nai Kwong bersama 4 dari 5 ADUN di dalam Parlimen Alor Gajah, iaitu ADUN Rembia, ADUN, Gadek, ADUN Durian Tunggal serta ADUN Machap.


MACHAP WALK
 - semuanya adalah mengenai makanan yang enak enak bagi kaum Cina...!!! Terletak kira kira 30km dari Bandar Melaka, Machap Walk beroperasi pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula sekitar 6 ptg hingga 11.00 mlm. Sesuai dengan semangat 1Malaysia, Machap Walk juga turut menerima peniaga peniaga dari kaum India dan Melayu. Pelbagai jenis makanan kaum Cina seperti cha lei hakka, muar otak otak, itik panggang, laksa, tomyam dan lain lain boleh dinikmati di sini..


Waze: Machap Baru
GPS: 2.380381'N, 102.329353'E
TEKOO: Tahniah di atas usaha YB Datuk Koh dan YB Datuk Lai....semoga apa yang "tersirat" juga akan tercapai...      :)

No comments:

Post a Comment