Tuesday, January 19, 2016

ADOYAI...!!! BAGUS SANGAT KER TPPA NIE..???

Sekarang nie sedang heboh diperkatakan mengenai TPPA dan nampaknya ramai benar yang membangkang tanpa mengetahui apa sebenarnya TPPA apatah lagi dengan dakyah2 pembangkang memberikan persepsi buruk terhadap hasrat kerajaan menyertai TPPA ini.

Biasalar bro...kita rakyat Malaysia nie suka benar mendengar dan mempercayai perkara2 berdasarkan persepsi daripada perkara2 yang berdasarkan fakta dan realiti. Kalau kita imbas kembali persepsi pembangkang suatu ketika dahulu bahawa mengeluarkan kereta nasional Proton merupakan satu pembaziran, membina jambatan Pulau Pinang adalah satu pembaziran, membina lebuhraya PLUS juga adalah satu pembaziran...tetapi ternyata hari ini kita dapati persepsi pembangkang itu adalah meleset semata mata.

Ermm...Walaupun korang adalah terdiri daripada golongan yang memang malas nak membaca..hehehe.. (Kajiselidik Perpustakaan Negara Malaysia menunjukkan Rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun secara purata berbanding  Jepun/Perancin : 10 buah buku, Amerika/Kanada : 17 buah buku).....aku harap korang baca kat bawah nie dan nilaikan sendiri faedah2 yang negara boleh perolehi sekiranya kita menyertai TPPA.


APA ITU TPPA
PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) adalah merupakan perjanjian 2 hala diantara kesemua 12 negara yang terlibat dimana usahawan Malaysia mempunyai peluang berniaga di negara mereka sebagaimana usahawan mereka dengan negara kita tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan negara tersebut. TPPA tidak mengubah perlembagaan mana mana negara cuma perjanjian dasar ekonomi antara negara sahaja yang terlibat.

PERSEPSI
Jika TPPA begitu bermanfaat..,mengapa perlu berahsia? mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum?

JAWAPAN
Tiada sebarang rahsia, didalam peringkat perbincangan tiada terma dan syarat yang tetap kerana masih dalam pindaan adalah tidak wajar untuk diumumkan sesuatu yang tidak tetap. Ianya akan dibawa ke peringkat parlimen bagi pembentangan dan dibahas sebelum keputusan persetujuan menganggotai TPPA ditandatangani. Jadi tiada apa yang dirahsiakan.

PERSEPSI
TPPA akan membuatkan negara tergadai.

JAWAPAN
TPPA akan dibentangkan di parlimen dan tiada rahsia disembunyikan.  Sudah pasti anggota parlimen akan menolaknya sekiranya didapati ianya akan membuatkan negara tergadai....lagipun.... tidak mungkin 12 negara yang berbincang mengenai resolusi TPPA semuanya bodoh bodoh belaka untuk menggadaikan negara mereka.

KESIMPULAN
TPPA adalah satu perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif meliputi peraturan, pembukaan pasaran serta pemudahcara dalam perdagangan dan pelaburan. Ia turut meliputi skop2 baru seperti e-commerce, alam sekitar, buruh dan syarikat Hak Milik Kerajaan. Walaupun terdapat beberapa peraturan yang mencabar, Malaysia telah berjaya merundingkan pengecualian untuk menjaga kepentingan negara. 

Perjanjian ini adalah "forward looking" dan menyediakan platform bagi Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan perdagangan, pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan.

TPPA juga menyarankan amalan tadbir urus yang lebih baik, telus dan anti-korupsi. Walaupun TPPA adalah perjanjian yang berstandard tinggi, ia tidak menjejaskan kedaulatan negara atau hak Kerajaan untuk menggubal peraturan2 alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan moral demi kesejahteraan rakyat. Malaysia masih boleh meneruskan agenda Bumiputera serta memastikan perkara2 berkaitan agama Islam dan adat resam terus terpelihara.

TPPA tetap akan dimeterai walaupun tanpa penyertaan Malaysia. Kita tidak boleh menghalang TPPA yang bakal menjadi perjanjian perkongsian ekonomi terbesar dunia dari ditubuhkan. Akhirnya, jika negara negara lain bersetuju memeterai perjanjian ini dan Malaysia tidak bersama, kita akan menjadi kurang kompetitif berbanding negara2 ASEAN lain yang menjadi ahli TPPA.

Sekiranya korang nak jadi seperti rakyat negara maju... Jepun, Perancis, Amerika atau Kanada yang memang gemar membaca, ..korang bolehlar sambung baca kat link di bawah ini untuk mendapatkan maklumat TULEN mengenai TPPA..



... kalau malas nak baca...korang juga boleh lihat dan dengar saja kat video penerangan TPPA di bawah....


Zaman telah berubah dan kita juga kena pantas merebut peluang dan berfikir di luar dari kotak pemikiran biasa. Malaysia telah memeterai 6 Free Trade Area (FTA) menerusi Asean dan 7 FTA secara bilateral dan kesemuanya telah berjaya memacu ekonomi Malaysia kehadapan...takder pun Malaysia kena gadai...!!!. TPPA adalah FTA alaf baru. Banyak faedah dan keutamaan yang bakal dinikmati oleh pelabur2 Malaysia di negara2 anggota TPPA.



TEKOO : TPPA akan tetap dilaksanakan walaupun tanpa penyertaan Malaysia...so...rebut peluang atau anda akan jauh tertinggal dibelakang...TPPA confirmed "BAGUSSS"

2 comments:

  1. Malaysia people cepat terpengaruh dengan cakap2 org..cuba baca dulu..dengar penerangan dari mereka yg selayaknya..mcm Tuk Pa atau pakar2 yg lain..semoga rakyat malaysia terus bangkit dengan mentaliti kelas terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..




      KLIK DISINI 4d 5d 6d




      Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
      butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]


      ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


      ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



      ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



      ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



      ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



      ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/











      Delete