Saturday, January 16, 2016

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DIANTARA BUKTI KEPRIHATINAN AHLI PARLIMEN ALOR GAJAH MEMBANTU RAKYAT...!!!

MACHAP  16 JANUARI 2016 :
YB Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka  telah meraikan seramai 200 orang murid murid sekolah bersama ibu bapa mereka didalam Program "Jom  Ke Sekolah" pada jam 2.00 ptg di Kompleks JAPERUN Machap sebentar tadi. Murid murid dari semua sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Alor Gajah iaitu termasuk Sekolah Kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T), yang terdiri daripada keluarga golongan asnaf atau yang kurang berkemampuan telah diberi sumbangan peralatan sekolah berupa sepasang baju sekolah, tudung, kasut, stokin dan alat tulis. Pengagihan sumbangan peralatan sekolah ini adalah secara purata mengikut bilangan murid murid yang berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah iaitu :-

Di dalam ucapannya, YB Datuk Koh Nai Kwong berkata bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang sentiasa mengadakan pelbagai rancangan dan program untuk membantu rakyat demi meringankan beban kewangan mereka terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Menurutnya, bantuan persekolahan yang diberikan ini amat bermakna kepada beliau kerana secara tidak langsung dapat membantu golongan yang memerlukan.

YB Datuk Koh juga memohon agar ibu bapa yang hadir akan sentiasa mengutamakan kebajikan pendidikan anak anak mereka serta meluangkan masa untuk bersama sama anak untuk mengulangkaji pelajaran. Kepada murid murid, beliau menasihatkan agar belajar bersungguh sungguh, menetapkan matlamat dan cita cita, belajar sehingga ke Menara Gading kerana hanya pendidikan sahaja yang boleh membantu merubah nasib diri dan keluarga ke satu tahap yang lebih baik.

Program "Jom Ke Sekolah" ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Tenaga Nasional Berhad. Ianya juga turut dihadiri oleh YB ADUN Rembia, ADUN Gadek, ADUN Machap dan ADUN Durian Tunggal.




Ermm... Tahniah aku ucapkan kepada YB Datuk Koh Nai Kwong di atas pelbagai inisiatif yang beliau buat untuk mendekati rakyat dan pengundi di Parlimen Alor Gajah Melaka ini. Secara peribadi aku berpendapat, pendekatan beliau amat jauh berbeza dengan Ahli Parlimen terdahulu....

TEKOO : Teruskan Datuk...!!!! Telah semakin ramai pengundi di parlimen ini yang "terpikat" dengan "gaya" perkhidmatan Datuk dan mahukan Datuk kekal pada PRU14 nanti...Teruskanlah momentum ini....!!! wa caya luu...!!!! adios....

No comments:

Post a Comment