Sunday, March 20, 2016

HANYA ADA SATU KEMUNGKINAN UNTUK TOKONG LIM GUAN ENG TERLEPAS DARI DAKWAAN MEMBELI RUMAH DI BAWAH HARGA PASARAN...???

Pertamanya, Lim Guan Eng mengaku membeli rumah di bawah harga pasaran. Keduanya beliau tidak menafikan penjual tersebut merupakan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau.
Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.
Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.
Beban pembuktian melalui Seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertuduh sebagai penjawat awam.
Sebagai Ketua Menteri selama 8 tahun dan pengerusi State Planning Committee yang mejaga hal-ehwal hartanah di seluruh negeri dan sebagai penghuni di Jalan Pinhorn selama 7 tahun, tidak mungkin LGE langsung tak peka kepada harga hartanah di situ.
Lebih-lebih lagi, dalam transaksi yang melibatkan nilai berjuta-juta LGE tentu ada membuat pembandingan harga hartanah semasa di lokasi itu.
Elemen kedua dalam perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan pihak pendakwa tidak perlu membuktikan berlakunya unsur rasuah dalam pertuduhan di bawah Perkara 165, Akta Kanun Keseksaan. Dalam konteks Lim Guan Eng, hubungan tersebut jelas apabila penjual rumah tersebut juga merupakan rakan-kongsi rapat kepada pemilik saham terbesar sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang dengan harga yang agak meragukan.
Lebih-lebih lagi, Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan asal untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin kepada pembangunan komersial.
Lagipun, sepanjang tempoh pembangunan projek, pelbagai kelulusan diperlukan dari kerajaan tempataan dan kerajaan negeri di mana LGE mungkin ada pengaruhnya.

Hubungan penjual rumah sebagai rakan-kongsi rapat dengan penerima projek itu juga sudah ditahu LGE semenjak tahun 2012 lagi ketika kes ini dihebohkan pada masa itu.
Lebih-lebih lagi, penerima projek Taman Manggis itu juga boleh dianggap sebagai "boss" ataupun majikan Miss Phang kerana penerima projek ialah pemegang saham majoriti dengan pegangan yang jauh lebih besar berbanding Miss Phang di dalam tiga-tiga syarikat yang dikongsi dua orang ini.
Walaupun sudah tahu hubungan ini, LGE masih degil untuk membeli banglo tersebut dengan harga rendah yang langsung tidak masuk akal pada tahun lepas.
Kalau mengikut undang-undang Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kemungkinan besar sudah cukup bukti untuk LGE didakwa

Erm...nampaknya kes ini sama seperti kes Khir Toyo...cuma bezanya hari ini keluar berita, pagi esok dah siap kertas pendakwaan, petang esok dah masuk penjara....Tapi dalam kes LGE ni ramai yang kata SPRM ada slow skit...!!! ada betul ke Mr SPRM...???

Jadinya, hanya ada SATU KEMUNGKINAN sahaja untuk Tokong Lim Guang Eng terlepas dari dakwaan membeli rumah di bawah harga pasaran iaitu :

SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH (SPRM) DAN PEGUAM NEGARA ENGGAN MENDAKWA TOKONG LIM GUAN ENG....???



TEKOO : common abam2 SPRM.....kasi laju skit tindakan tuh...!!! gua caya sama lu...!!!

No comments:

Post a Comment