Saturday, October 31, 2015

HAHAHA..!!! TONY PHUA...U ARE REALLY A CHICKEN SHIT..??? MANA MAU LARI ARRR...???

Sedap citer nih...!!!!
Citer asalnya Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua (Chu Kang) telah mencabar Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda untuk berdebat secara terbuka mengenai isu 1MDB dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudahpun bersetuju untuk menyiarkan debat itu secara langsung. Arul Kanda telah meletakkan syarat bahawa Tony Phua harus meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB kerana khuatir kedudukan itu akan memberi konflik kepentingan dalam isu tersebut dibicarakan secara adil tanpa prasangka.


Dengan perasaan marah dan gabra atau terkejut beruk kerana tidak menyangka Arul Kanda menerima pelawaan itu, Tony pulak memberi alasan bahawa kedudukannya sebagai ahli PAC adalah lebih penting daripada nak berdebat dengan Arul Kanda dan mendakwa Arul sebenarnya takut nak berdebat dengan beliau.


Dan berita yang terbaru diterima menyatakan bahawa Arul Kanda bersedia untuk menarik balik syarat tersebut dan meminta agar debat ini diteruskan.


Jadi....apa macam Tony Phua (Chu Kang) ???....semua sudah ready...!!! berdebat tanpa apa apa syarat...!!!! Lu ada berani ka...???? atau ada lagi alasan alasan lu mau beri...??? atau lu memang PENGECUT...????


TEKOO :  Common Tony....!!! Telor lu mana..??? .telor lu...!!! Rakyat Malaysia pun nak tahu jugak ni...!!! hehehe

Wednesday, October 21, 2015

WAJIB BACA : PENDEDAHAN EKSLUSIF PEMILIK AIR HERBA AJAIB PAK ANUAR...!!!!!

Seperti di dalam posting terdahulu aku disini, Air Herba Ajaib Pak Anuar telah dikenali ramai di seluruh pelusuk tanah air dan juga negara negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand apabila hasil kajian Pak Anuar selama 28 tahun menjadi bualan dan rebutan kerana didakwa berupaya menyembuhkan lebih 15 penyakit kronik. Ianya juga telah mendapat liputan meluas dari media cetak arus perdana seperti Utusan Malaysia disini, Sinar Harian disini dan Mstar disini.

Anuar Hashim, 58, atau dikenali sebagai "Pak Anuar Air Herba Ajaib" telah pun melangkah satu tapak kehadapan dengan membuka satu cawangan di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka yang dikendalikan oleh adik beliau.


Ermm...syukur alhamdulillah...nampaknya hasrat Pak Anuar untuk membantu orang ramai yang menghidapi pelbagai penyakit ini dengan mendapatkan air herba beliau tanpa menetapkan kadar bayaran semakin mendapat sambutan orang ramai.

Tapi sekarang, aku dimaklumkan oleh Pak Anuar sendiri bahawa ada pulak individu2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan nama beliau dan membuka lokasi lokasi baru air herba ajaib nie. Dengar2 khabar sekarang didakwa sudah dibuka di Pekan Durian Tunggal, Paya Rumput dan beberapa lokasi lagi di sekitar Melaka.

So...kepada peminat2 air herba ajaib Pak Anuar, pastikan korang hanya mengambil bekalan air herba ajaib Pak Anuar di 2 lokasi ini sahaja iaitu satu di Jalan Solok Kolam 2, Kg Pengkalan Batu, Batu Berendam yang dikendalikan oleh Pak Anuar sendiri, dan lagi satu di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal Melaka yang dikendalikan oleh adik beliau.
Untuk makluman korang, Air Herba Ajaib Pak Anuar telah dikaji dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bro...so....di jamin SELAMAT....!!!

Aku sertakan dibawah ini video ekslusif dari Pak Anuar sendiri.


TEKOO : jangan tersalah minum selain daripada yang asli bro !!!....cirit birit ko nanti...hehehe

Saturday, October 17, 2015

KERIS 2314 : SUDAH BERSEDIAKAH SENJATA BARU UMNO INI MELAWAN PEMBANGKANG...????

UMNO sekarang sedang mengorak langkah kehadapan untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) dengan memantapkan kepimpinan akar umbinya melalui program KERIS 2314 yang menjurus kepada 4 isu utama. Isu tersebut adalah Agama Islam, Yang Di Pertuan Agong dan institusi Raja2, Bahasa Melayu dan akhir sekali Hak Hak Keistimewaan Orang2 Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa makna "KERIS" dan apa pulak makna "2314" nie..?? Ermmm....bagi mereka yang melihat dari sudut 'sisi gelapnya' 2314 adalah nombor yang patut mereka 'chai' di kedai2 TOTO dan bagi mereka yang melihat dari sudut hati dan semangat perjuangannya angka 23 dalam KERIS 2314 itu membawa maksud sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menebus kembali jumlah kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat selepas gagal dalam dua PRU sebelum ini, sementara angka 14 pula merujuk kepada PRU-14.
Nak tahu "KERIS" pulak membawa maksud apa ???....korang baca sendiri kat bawah nie yer...


Setelah hampir setahun yang lepas KERIS 2314 dilancarkan barulah sekarang aku nengok beberapa UMNO Bahagian  diberi peluang untuk menyertai kursus tersebut.

Di antara kepimpinan akar umbi UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka yang menyertai Kursus KERIS 2314 di Permata Resort Alor Gajah pada 16 - 18 Oktober 2015.

Ermm... nampaknya kursus ini telah memberi satu impak yang amat baik kepada UMNO khasnya di peringkat Bahagian. Beberapa perkara yang aku nampak adalah :-

  1. KERIS 2314 telah mengeratkan lagi hubungan diantara ahli UMNO yang dulunya masih berpuak puak akibat daripada pemilihan yang lepas.  Sekarang mereka telah sedar bahawa perasaan bermusuhan diantara "adik beradik sendiri " sebenarnya tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa. Keutuhan dan penyatuan UMNO itu sendiri menjadi wadah perjuangan mereka sekarang. Sayap sayap yang dulunya menongkah arus telah dapat diterima semula oleh kepimpinan UMNO Bahagian.
  2. Sayap sayap Pemuda dan Puteri begitu aggresif mengadakan aktiviti untuk meraih sokongan pengundi dengan dibantu sepenuhnya oleh UMNO2 Bahagian. Kalau dulu pandai2 koranglar nak cari bajet buat program tetapi sekarang tidak lagi. UMNO2 Bahagian sentiasa menyokong setiap program2 sayap2 UMNO. Isu boikot memboikot dibeberapa UMNO Bahagian dinegara ini telah menjadi sejarah kerana mereka telah sedar ianya hanya akan membawa keburukan kepada parti keramat ini.
  3. Mereka sedar pembangkang tidak akan dapat meruntuhkan UMNO kerana pembangkang sebenarnya tidak sekuat mana pun....Mereka telah sedar bahawa UMNO tidak akan tergugat dengan anasir2 dari luar....UMNO hanya boleh tergugat dengan anasir2 dari dalam UMNO itu sendiri.
SYUKUR ALHAMDULILLAH....NAMPAKNYA KERIS 2314 TELAHPUN BERSEDIA MELAWAN MUSUH SEBENAR...

Semoga gerakerja parti UMNO untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga ini pada Pilihan Raya Ke 14 (PRU 14) akan menjadi kenyataan...amin.


TEKOO: antara realiti dan fantasi...andalah yang menentukannya....wallahualam.