Saturday, June 25, 2016

JAWATAN SORANG KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN DI NEGERI MELAKA DIGANTUNG..???

Assalamualaikum wbt.
Biro Politik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX Melaka telah mengadakan mesyuarat pada 24 Jun 2016 jam 10.30 mlm susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia (MT) 24 Jun 2016 menggantung jawatan Sdr XXXXX sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX sesi 2013/2016 sehingga pemilihan akan datang.
Oleh itu, barisan Biro Politik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX akur dengan keputusan MT serta dengan ini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian XXXX XXXXX secara automatik memangku Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.
Sekian untuk makluman tuan, Terima kasih.

Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian XXXX XXXXX



Ermm.... begitular berita terkini yang aku dengar sekarang mengenai status jawatan Ketua Pemuda UMNO di salah satu Bahagian di Negeri Melaka. Sekiranya benar, aku turut melahirkan rasa kecewa dengan situasi tersebut dan berharap mamat ni akan tabah menghadapi musibah ini. Mungkin ramai terutama dikalangan Pemuda UMNO Bahagian ini merasa kecewa kerana maklumlar, beliau aku anggap seorang yang agak berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon PRU14 di DUN kelahiran beliau tetapi masalah yang "dicipta" sendiri ini telah membuatkan potensi itu hancur bederai derai. 

Mungkin tak kurang juga yang bergolek golek bertepuk tangan  kerana menganggap merekalah yang paling berpotensi sekarang sebagai calon PRU14 di DUN yang aku maksudkan seperti diatas. Harus diingat bro, rezeki ditangan Allah...belum tentu ia akan menjadi kenyataan sekiranya Allah tidak mengizinkan....jadinya janganlar korang suka sangat yer...!!!

So...kepada ahli UMNO Bahagian berkenaan...terutama pemudanya......sama samalah korang menguatkan lagi parti keramat ini kerana pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan harus diteruskan. Dan lagik satu......tak perlu lagi ada dakwaan yang mengatakan Kepimpinan UMNO Bahagian meminggirkan individu ini kerana status beliau yang telah memaksa keadaan ini berlaku.

Adios...amingos....Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)



TEKOO: Sori bro...kalau aku tak tulis berita ini...orang lain akan tulis jugak.


Friday, May 27, 2016

CUBAAN GENG MAHATHIR UNTUK MENDERHAKA KEPADA DYMM AGONG...????

Seorang Pengaturcaraan Komputer Bebas, Azharuddin Othman mendedahkan beliau dijanjikan bayaran RM5K untk mendapatkan 1.2 juta database penduduk Malaysia untuk keperluan Tun Mahathir bagi projek Deklarasi Rakyat. Beliau di minta oleh seorang wanita yang dikenali dengan panggilan "Ratu Naga" melalui pesanan ringkas WhatsApp pada 27 April 2016 untuk memberikan database bagi Pilihan Raya Umum ke!3. Tambah beliau, sebanyak 800,000 database telah diberikan kepada "Ratu Naga" melalui email. Jelas beliau, sehingga kini bayaran yang dijanjikan belum dilunaskan dan hanya RM1K sahaja yang di bayar.


Ermmm... macam2 stail menipu sekarang nih...sampaikan tandatangan rakyat pun korang nak tipu..???.. Patutlar pada awalnya dikatakan hanya ada 500K tandatangan tetapi dengan sekelip mata tak sampai selang 2 hari telah melompat mencecah ke angka 1.27 juta tandatangan.....pastu ada hati plak nak serah Deklarasi ni kepada DYMM Agong..??? Tidakkah itu cubaan untuk menipu dan menderhaka kepada DYMM Agong..??? Kalau kat Thailand ni dah lama kena pancong dah...!!!






TEKOO : Bagaimana pula dengan mangsa2 yang namanya digunakan tanpa pengetahuan mereka untuk menandatangani Deklarasi ini...???
Agak2 mereka boleh saman tak malaun2 ni ..??? Apapun...kita biaukanlah abg polis siasat kebenarannya erk....

Monday, May 16, 2016

PRK SG BESAR DAN KUALA KANGSAR BAKAL MENGUJI AURA KEPIMPINAN NAJIB...????

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sg Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun 2016 ini manakala hari penamaan calon adalah pada 5 Jun 2016. Kedua dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak semasa berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru baru ini.

Pertamanya marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham diatas pemergian mereka ke Rahmatullah dalam perjuangan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di bumi Sarawak. 


Ermmm....Kita hanya mampu merancang tapi Allah swt yang menentukan...dan dengan tidak semena mena berlaku pula Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan parlimen milik Barisan Nasional iaitu di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Kalau melihat kepada keputusan PRU13 bagi kedua dua parlimen, iaitu Sg Besar dengan majoriti 399 undi dan Kuala Kangsar dengan majoriti hanya 1,082 undi....nampaknya Barisan Nasional akan melalui tugasan perit untuk mempertahankan kedua dua parlimen berkenaan. Mungkin korang beranggapan Pilihan Raya Umum tidak sama dengan Pilihan Raya Kecil.....tetapi kita harus ingat, pada PRU 13 lalu kurang sedikit isu isu berbanding dengan sekarang. Waktu kini, pelbagai isu menghentak kita dari dalam, luar, atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang sehingga membuatkan aku sendiri sebagai ahli parti keramat ini merasa meluat, konpius, geram, gementar, khuatir, takut dan bla bla bla lagi....dan aku yakin ramai ahli akar umbi parti keramat ini sedang merasakan demikian...cuma kalau tak bersetuju tentang sesuatu perkara, mereka tak berani nak tegur atau menyuarakannya. Mereka hanya mampu melihat dengan sayu dari jauh bagaimana "pokok" tempat mereka berteduh ini yang dahulunya rendang telah semakin togel daunnya akibat di racun dan digoncang dengan begitu kuat tanpa ada seorangpun yang sudi hendak membaja dan menjaga semula akar umbinya. Bagi aku, walaupun pahit, ini adalah fakta yang harus diberi perhatian oleh "orang yang kat atas" sana... 
Ermmm....apa pun.... Itu hanya pendapat aku saja......pendapat seorang insan kerdil........kalau korang nak terima atau taknak terima.......terpulanglah......ada aku kisah...!!!



Bagi aku secara peribadi, PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar akan menguji aura kepimpinan Najib. Isyaratnya akan kelihatan jelas disitu samada Najib diterima oleh rakyat atau tidak. Isyaratnya akan kelihatan jelas di situ samada kita (UMNO@BN) masih di hati rakyat atau tidak. Di PRN Sarawak, Barisan Nasional menang bergaya kerana mengenengahkan calon yang sesuai dan ditambah lagi dengan aura kepimpinan Adenan Satem dan perkara ini diakui telah mempengaruhi sokongan rakyat Negeri Sarawak terhadap Barisan Nasional. Apakah kunci kejayaan itu akan terpakai di kedua dua PRK ini dengan menyaksikan kemenangan bergaya Barisan Nasional..??? aku harap begitu lah.......wallahualam....



TEKOO : Selamat berjuang wahai pahlawan2 Jentera Barisan Nasional PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar...!!!  mei de fos bi wit u...
Harap maaf...videoklip AnakKu Sazali ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa.....hanya untuk yang tersurat dan tersirat sahaja..mungkin akan terpakai untuk 10 tahun akan datang....  :)