Sunday, May 8, 2016

PRN SARAWAK : PERTEMBUNGAN DI ENAM KERUSI DUN MENYAKSIKAN DAPig DAN PKR TERGOLEK HANJING...!!!

PRN SARAWAK : Secara rasminya Barisan Nasional menang 72 kerusi, diikuti DAPig 7 kerusi dan PKR 3 kerusi manakala PAS, PAN, STAR, PBDSB dan BEBAS masing masing tidak memenangi sebarang kerusi. Seramai 63 orang calon telah hilang wang deposit iaitu DAPig 7, PKR 10, PAN 9, PAS 6, STAR 7, PBDS 5 dan BEBAS 19. Perkara ini telah diumumkan oleh Pengerusi SPR dalam satu sidang media di pejabat SPR Sarawak selepas jumlah undi semua DUN secara rasmi dipaparkan kira kira jam 11 malam tadi. Sejumlah 777,018 orang atau 70.01% telah keluar mengundi termasuk pengundi pos dan pengundi awal. Keseluruhan proses pengundian telah berjalan lancar, bebas, adil dan telus.


Tahniah aku ucapkan kepada Adenan Satem & The Gang yang telah berjaya mengekalkan penguasaan Barisan Nasional di Sarawak dengan begitu cemerlang sekali. Ternyata dengan barisan calon yang tepat dikuatkan lagi dengan aura kepimpinan Tan Sri Datuk Patinggi Hj Adenan bin Satem, Barisan Nasional juga telah berjaya merampas kembali beberapa kerusi dari pembangkang terutama kerusi di kawasan bandar dimana kita menyaksikan "full swing" dari pengundi Cina.


Ermm... sekarang jom kita lihat kembali 6 kerusi yang menjadi perebutan DAPig dan PKR sebelum ini, dimana masing masing menyatakan mereka lebih gah di situ :-

N049 NGEMAH : 8,899
BN - 2,888
BEBAS - 2,734
PKR - 396
DAP - 243
MAJORITI  BN- 154

N066 MURUM : 8,242
BN - 3,265
PKR - 1,065
BEBAS - 1,029
DAP - 687
MAJORITI BN - 2,200

N078 MULU : 8,600
BN - 3,198
PKR - 1,490
DAP - 309
BEBAS - 239
MAJORITI BN - 1,708

N019 MAMBONG : 17,467
BN - 6,161
DAP - 2,828
PKR - 2,645
MAJORITI BN - 3,333

N032 SIMANGGANG : 11,472
BN - 4,094
BEBAS - 2,706
DAP - 695
PKR - 580
MAJORITI BN - 1,388

N013 BATU KITANG : 17,494
BN - 6,466
DAP - 4,626
PKR - 883
BEBAS - 61
BEBAS - 54
MAJORITI BN - 1,840

Barisan Nasional menang dikesemua kerusi tersebut dan yang lebih tak boleh blah DAPig dan PKR hilang wang deposit dibeberapa kerusi. 
Ish ish ish...!!! sampai hilang wang deposit...???? sungguh amat memalukan...!!!! padan muka korang...!!! tu lar...sombong dan bongkak sangatt.!!!.....hasil kaji selidik korang nampaknya dah kelaut...yang di kejar tak dapat...yang dikendung berciciran....!!!hehehe

Ermmm... so tak kiralar apa yang disembangkan oleh penyokong DAPig dan PKR di facebook sekarang.... yang rata rata memaki dan mengutuk rakyat Sarawak.(what a sore loosssssser). Apa yang penting rakyat Sarawak telah memilih untuk melihat kehadapan untuk membangunkan Negeri Sarawak dan menolak POLITIK KEBENCIAN yang cuba ditanamkan oleh DAPig dan PKR. Rakyat Negeri Sarawak tahu bahawa DAPig dan PKR hanya penuh dengan janji janji manis tetapi tidak pernah mengotakannya dan juga penuh dengan mimpi mimpi ngeri...hehehe. Pembangkang nampaknya begitu buntu dan terdesak kerana strategi mereka telah gagal.


TEKOO : semoga ini juga bakal mencerminkan bilangan kerusi parlimen yang boleh dimenangi Barisan Nasional di PRU14 nanti....amin.

Sunday, May 1, 2016

ADENAN SATIM GELAK BESAR MELIHAT PERTEMBUNGAN BADAK SUMBU DENGAN KHINZIR DI PRN SARAWAK...!!!

PKR dan DAPig bertembung di enam kerusi di Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak iaitu di Batu Kitang, Mulu, Simanggang, Mambong, Murum dan Ngemah. Perbalahan berlaku kerana PKR nampaknya macam nak tunjuk hebat padahal mereka tidaklah popular di lima daripada enam kerusi yang menjadi pertikaian dengan DAPig ini. PKR yang baru melancarkan maskot "Badak Sumbu" sempena PRN11 Sarawak nampaknya tetap meletakkan calon di kerusi yang sepatutnya ditandingi DAPig walaupun hasil kaji selidik yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati DAPig lebih popular dan berpeluang untuk menang di lima dari enam kerusi yang menjadi pertindihan ini.


Ermm... jadi bolehlar aku anggap ini pertembungan diantara BADAK SUMBU (berdasarkan maskot PKR) dengan KHINZIR (berdasarkan pengamatan aku mengenai tabiat DAPig...hehehe). Sudah pasti, perbalahan Badak Sumbu dan Khinzir ini amat menggembirakan Barisan Nasional. Ramalan bahawa Pakatan Harapan akan terkubur lebih cepat berbanding Pakatan Rakyat sudah pasti akan menjadi kenyataan bila kedua dua parti ini tidak dapat bertolak ansur di Sarawak. Ini baru Pilihanraya Negeri (PRN) belum Pilihanraya Umum (PRU14) lagik bro..!!! Kita sebagai rakyat biasa dan pengundi yang sentiasa memandang jauh kehadapan sudah pasti sedang memerhatikan gelagat ke dua dua parti ini. Kini PKR dan DAPig sah parti gila kuasa kerana sanggup "memancung" siapa saja demi mendapatkan kuasa.,,,walaupun "rakan sendiri"..!!! ada betul...???



TEKOO : PKR yang pada dasarnya mengacukan "senapang" kepada Barisan Nasional nampaknya mula melencong ke arah rakan sendiri. Inilah namanya tido satu bantal tapi mimpi lain lain...mereka sebenarnya memang tidak pernah sekepala...!!! 

Monday, April 18, 2016

KARNIVAL TEGUH BERSAMA : JOM KITA SERBU MAAA...!!!!


"Potensi Perpaduan Yang Lebih Kukuh" - itulah gerak kerja yang akan dilaksanakan oleh parti MCA secara berkala ke satu atau dua kawasan sebulan sehinggalah Pilihan Raya Umum akan datang menerusi program "Karnival Teguh Bersama". Ini adalah merupakan satu program yang mensasarkan kepimpinan akar umbi MCA dan juga pengundi2 terutama dari kaum Cina untuk terus bersama menyokong MCA dan Barisan Nasional.

Kepada ahli parti MCA, sasarannya adalah :-

  • menguatkan kepimpinan akar umbi serta menjalin semula hubungan terhadap ahli ahli parti yang semakin lesu.
  • membina semula keyakinan ahli parti akar umbi dan memastikan segala maklumat2 penting sampai dan difahami oleh ahli parti akar umbi.
  • menguatkan semangat ahli parti sebagai persediaan menghadapi PRU14 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Kepada rakyat@pengundi, sasarannya adalah :-

  • memberi pemahaman yang lebih terperinci kepada pengundi Kaum Cina mengenai peranan MCA dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan pendidikan.
  • menyediakan hampir 20 kaunter pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan langsung dan perundingan.




Ermmm.... bagus...!!!! aku rasa sepanjang 20 tahun aku jadi pengundi kat Parlimen Alor Gajah, Melaka nie, inilah kali pertama aku nengok Ahli Parlimen Alor Gajah dari komponen MCA menganjurkan satu karnival  untuk mendekati rakyat terutama dari kaum Cina kepada MCA dan Barisan Nasional.  YB Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka ini ternyata begitu komited dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Dengan mutu perkhidmatan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen ini, sudah semestinya Barisan Nasional tiada masalah untuk mengekalkan kerusi di Parlimen Alor Gajah pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti. Peratusan sokongan dari pengundi kaum Cina nampaknya telah semakin meningkat maa...!!!

Ermm....Bukannya aku nak bodek...!!!! tapi memang bodek punnnn,,,hehehe,,!!!!

KARNIVAL TEGUH BERSAMA
TARIKH : 23 & 24 aPRIL 2016
TEMPAT : SJKC MACHAP BARU, ALOR GAJAH, MELAKA


TEKOO: kipidap...dongibab...!!!! :)