Wednesday, January 20, 2016

PANAS BERAPI DI NEGERI KEDAH...!!! RAKYAT KEDAH MOHON CAMPURTANGAN SULTAN..???

Pada 20 Januari 2016 bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar...UMNO Kedah yang di ketuai oleh Datok Ahmad Bashah Md Hanifah, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah telah mengadakan sidang akhbar meminta YAB Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Negeri Kedah yang di lihat gagal menggerakkan jentera parti khususnya UMNO serta menjana ekonomi Negeri. Batok Ahmad Bashah Md Hanifah mendakwa seluruh pimpinan dan wakil rakyat UMNO Kedah berhimpun untuk menyatakan hilang kepercayaan  kerana :-

  • Kegagalan beliau menyatupadukan UMNO dan Jentera Parti di semua peringkat Negeri Kedah.
  • Tiada sebarang perancangan yang strategik oleh UMNO untuk menghadapi PRU 14.
  • Gagal urustadbir kerajaan negeri.

Hai...entah lah Labu...!!! politik sekarang nie kadang kadang sampai tak terfikir dek akal orang biasa biasa macam aku nih...!!! Lepas satu timbul lagi satu ...!!! yang lama tak selesai...korang bukak cerita baru plak...!!! adoyai...aptb.



TERKINI : BERGEMA...!!!! HIMPUNAN RAKYAT KEDAH MENYOKONG MUKHRIS..!!!



TEKOO : sorii...tajuk aku lari dari isi...mungkin tak terfikir dek akal korang jugak kan...??? :)

Tuesday, January 19, 2016

ADOYAI...!!! BAGUS SANGAT KER TPPA NIE..???

Sekarang nie sedang heboh diperkatakan mengenai TPPA dan nampaknya ramai benar yang membangkang tanpa mengetahui apa sebenarnya TPPA apatah lagi dengan dakyah2 pembangkang memberikan persepsi buruk terhadap hasrat kerajaan menyertai TPPA ini.

Biasalar bro...kita rakyat Malaysia nie suka benar mendengar dan mempercayai perkara2 berdasarkan persepsi daripada perkara2 yang berdasarkan fakta dan realiti. Kalau kita imbas kembali persepsi pembangkang suatu ketika dahulu bahawa mengeluarkan kereta nasional Proton merupakan satu pembaziran, membina jambatan Pulau Pinang adalah satu pembaziran, membina lebuhraya PLUS juga adalah satu pembaziran...tetapi ternyata hari ini kita dapati persepsi pembangkang itu adalah meleset semata mata.

Ermm...Walaupun korang adalah terdiri daripada golongan yang memang malas nak membaca..hehehe.. (Kajiselidik Perpustakaan Negara Malaysia menunjukkan Rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun secara purata berbanding  Jepun/Perancin : 10 buah buku, Amerika/Kanada : 17 buah buku).....aku harap korang baca kat bawah nie dan nilaikan sendiri faedah2 yang negara boleh perolehi sekiranya kita menyertai TPPA.


APA ITU TPPA
PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA) adalah merupakan perjanjian 2 hala diantara kesemua 12 negara yang terlibat dimana usahawan Malaysia mempunyai peluang berniaga di negara mereka sebagaimana usahawan mereka dengan negara kita tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan negara tersebut. TPPA tidak mengubah perlembagaan mana mana negara cuma perjanjian dasar ekonomi antara negara sahaja yang terlibat.

PERSEPSI
Jika TPPA begitu bermanfaat..,mengapa perlu berahsia? mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum?

JAWAPAN
Tiada sebarang rahsia, didalam peringkat perbincangan tiada terma dan syarat yang tetap kerana masih dalam pindaan adalah tidak wajar untuk diumumkan sesuatu yang tidak tetap. Ianya akan dibawa ke peringkat parlimen bagi pembentangan dan dibahas sebelum keputusan persetujuan menganggotai TPPA ditandatangani. Jadi tiada apa yang dirahsiakan.

PERSEPSI
TPPA akan membuatkan negara tergadai.

JAWAPAN
TPPA akan dibentangkan di parlimen dan tiada rahsia disembunyikan.  Sudah pasti anggota parlimen akan menolaknya sekiranya didapati ianya akan membuatkan negara tergadai....lagipun.... tidak mungkin 12 negara yang berbincang mengenai resolusi TPPA semuanya bodoh bodoh belaka untuk menggadaikan negara mereka.

KESIMPULAN
TPPA adalah satu perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif meliputi peraturan, pembukaan pasaran serta pemudahcara dalam perdagangan dan pelaburan. Ia turut meliputi skop2 baru seperti e-commerce, alam sekitar, buruh dan syarikat Hak Milik Kerajaan. Walaupun terdapat beberapa peraturan yang mencabar, Malaysia telah berjaya merundingkan pengecualian untuk menjaga kepentingan negara. 

Perjanjian ini adalah "forward looking" dan menyediakan platform bagi Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan perdagangan, pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan.

TPPA juga menyarankan amalan tadbir urus yang lebih baik, telus dan anti-korupsi. Walaupun TPPA adalah perjanjian yang berstandard tinggi, ia tidak menjejaskan kedaulatan negara atau hak Kerajaan untuk menggubal peraturan2 alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan moral demi kesejahteraan rakyat. Malaysia masih boleh meneruskan agenda Bumiputera serta memastikan perkara2 berkaitan agama Islam dan adat resam terus terpelihara.

TPPA tetap akan dimeterai walaupun tanpa penyertaan Malaysia. Kita tidak boleh menghalang TPPA yang bakal menjadi perjanjian perkongsian ekonomi terbesar dunia dari ditubuhkan. Akhirnya, jika negara negara lain bersetuju memeterai perjanjian ini dan Malaysia tidak bersama, kita akan menjadi kurang kompetitif berbanding negara2 ASEAN lain yang menjadi ahli TPPA.

Sekiranya korang nak jadi seperti rakyat negara maju... Jepun, Perancis, Amerika atau Kanada yang memang gemar membaca, ..korang bolehlar sambung baca kat link di bawah ini untuk mendapatkan maklumat TULEN mengenai TPPA..



... kalau malas nak baca...korang juga boleh lihat dan dengar saja kat video penerangan TPPA di bawah....


Zaman telah berubah dan kita juga kena pantas merebut peluang dan berfikir di luar dari kotak pemikiran biasa. Malaysia telah memeterai 6 Free Trade Area (FTA) menerusi Asean dan 7 FTA secara bilateral dan kesemuanya telah berjaya memacu ekonomi Malaysia kehadapan...takder pun Malaysia kena gadai...!!!. TPPA adalah FTA alaf baru. Banyak faedah dan keutamaan yang bakal dinikmati oleh pelabur2 Malaysia di negara2 anggota TPPA.



TEKOO : TPPA akan tetap dilaksanakan walaupun tanpa penyertaan Malaysia...so...rebut peluang atau anda akan jauh tertinggal dibelakang...TPPA confirmed "BAGUSSS"

Saturday, January 16, 2016

PROGRAM JOM KE SEKOLAH DIANTARA BUKTI KEPRIHATINAN AHLI PARLIMEN ALOR GAJAH MEMBANTU RAKYAT...!!!

MACHAP  16 JANUARI 2016 :
YB Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka  telah meraikan seramai 200 orang murid murid sekolah bersama ibu bapa mereka didalam Program "Jom  Ke Sekolah" pada jam 2.00 ptg di Kompleks JAPERUN Machap sebentar tadi. Murid murid dari semua sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Alor Gajah iaitu termasuk Sekolah Kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T), yang terdiri daripada keluarga golongan asnaf atau yang kurang berkemampuan telah diberi sumbangan peralatan sekolah berupa sepasang baju sekolah, tudung, kasut, stokin dan alat tulis. Pengagihan sumbangan peralatan sekolah ini adalah secara purata mengikut bilangan murid murid yang berdaftar dengan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah iaitu :-

Di dalam ucapannya, YB Datuk Koh Nai Kwong berkata bahawa Kerajaan Barisan Nasional memang sentiasa mengadakan pelbagai rancangan dan program untuk membantu rakyat demi meringankan beban kewangan mereka terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Menurutnya, bantuan persekolahan yang diberikan ini amat bermakna kepada beliau kerana secara tidak langsung dapat membantu golongan yang memerlukan.

YB Datuk Koh juga memohon agar ibu bapa yang hadir akan sentiasa mengutamakan kebajikan pendidikan anak anak mereka serta meluangkan masa untuk bersama sama anak untuk mengulangkaji pelajaran. Kepada murid murid, beliau menasihatkan agar belajar bersungguh sungguh, menetapkan matlamat dan cita cita, belajar sehingga ke Menara Gading kerana hanya pendidikan sahaja yang boleh membantu merubah nasib diri dan keluarga ke satu tahap yang lebih baik.

Program "Jom Ke Sekolah" ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Tenaga Nasional Berhad. Ianya juga turut dihadiri oleh YB ADUN Rembia, ADUN Gadek, ADUN Machap dan ADUN Durian Tunggal.




Ermm... Tahniah aku ucapkan kepada YB Datuk Koh Nai Kwong di atas pelbagai inisiatif yang beliau buat untuk mendekati rakyat dan pengundi di Parlimen Alor Gajah Melaka ini. Secara peribadi aku berpendapat, pendekatan beliau amat jauh berbeza dengan Ahli Parlimen terdahulu....

TEKOO : Teruskan Datuk...!!!! Telah semakin ramai pengundi di parlimen ini yang "terpikat" dengan "gaya" perkhidmatan Datuk dan mahukan Datuk kekal pada PRU14 nanti...Teruskanlah momentum ini....!!! wa caya luu...!!!! adios....

Thursday, January 7, 2016

BIAR BETULLL....!!!! PARTI MAT SABU PARTI PEMINTA SEDEKAH...????

Dapat 8 Kerusi PBT di Selangor, Parti Amanah Minta Lebih Lagi.

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) Selangor tidak berpuashati dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu untuk mengisi jawatan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PAN masih menyimpan harapan untuk meneruskan rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku pertambahan kerusi kepada Ahli Majlis PAN.

Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengumumkan lapan kerusi Ahli Majlis PBT dibahagikan kepada wakil PAN hasil persetujuan antara PKR, PAS dan DAP.

Difahamkan, PAN menegaskan tetap dengan keputusan meletakkan kuota antara 24 hingga 34 ahlinya di kerusi Ahli Majlis PBT. Setiap satu PBT, PAN mahukan sekurang kurangnya dua kerusi diisi oleh mereka dan jika berkurang PAN akan menolak tawaran berkenaan. Untuk makluman, pada masa ini terdapat 288 kerusi Ahli Majlis Tempatan di 12 PBT di Negeri Selangor.

Sebelum aku cakap lebih....aku nak tanya korang dulu...
Hensem tak muka Mat Sabu, Presiden PAN yang kat atas ni dengan latarbelakang logo PAN yang diciplak dari 1MAYAM, sebuah stesyen television Tamil di India...hehehe

Ermm...!!!.aku nampak muka macam "separuh siap" jer mamat ni...ada hati nak demand plak tuh...!!! Adoi...!!! kerja belum buat tapi dah mintak macam2 ..!!!  Bagus benau ker parti PAN nih..??? Kuat benau ker parti PAN nih...??? Ramai benau ker ahli PAN...??? 

Ermm alahai...Nasib baik ko jauh Mat Sabu...!!!..kalau ko dekat dah lama aku ketuk kepala ko...!!! 


Mat Sabu sepatutnya kena buktikan dahulu bahawa parti PAN nie penting dan lebih baik dari PAS bagi Pakatan Haprak sebelum nak mintak lebih lebih...!!! PAS dah lama bertapak dari tahun 1955 lagi...takkan ko senang2 nak ambil kuota PAS dan tendang PAS begitu saja. Kerusi DUN yang korang ada tu pun ko bertanding atas tiket PAS. Adakah pengundi yang mengundi PAS ini bersetuju dengan kewujudan parti baru PAN ini..??? So kalau korang nak buktikan korang memang handal....aku cadangkan korang kosongkan kerusi DUN tu dan bertanding semula atas tiket parti PAN ....kalau dapat 1 lawan 1 dengan PAS lagi baik....kalau korang menang kira korang memang handal dan boleh lar demand dengan Pakatan Haprak berapa kerusi Ahli Majlis PBT yang mak bapak korang nak...!!! sure Azmin Ali bagi punya...!!! amacam...??? ada brannni..???

Pada pendapat aku lar...sebenarnya kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) adalah golongan "peminta sedekah" yang terlalu meminta dan memilih. Cuba korang bayangkan.... Mereka kalah dan ditolak oleh ahli dari parti lama mereka......, kemudian tubuh parti baru......kemudian belum pun buktikan kekuatan..... mereka dah mintak lebih lebih...Adoyai...!!! betul betul tarak malu punya orang..!!! ...

TEKOO : Gabungan 3 parti dalam Pakatan Haprak ini sebenarnya bukanlah satu pakatan alternatif yang boleh Rakyat Malaysia bergantung harap kerana mereka akan mula bergaduh dan menyalahkan antara satu sama lain walaupun diatas satu perkara yang boleh dianggap "kecil"...so...bagaimana nak pimpin negara kalau benda kecil pun korang tak boleh settle...!!!
FIKIR FIKIRKANLAH....!!!

Saturday, January 2, 2016

1MDB : INI DIA RUPANYA PERSOALAN YANG BERMAIN DI MINDA RAKYAT MARHAEN....

6 bulan lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji dan memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diselesaikan selewatnya Disember 2015. Ia diberi penekanan lagi apabila langkah langkah proaktif diambil, antaranya menjual aset 1MDB dan menggunakan hasilnya untuk membayar dan mengurangkan HUTANG.


Ermm....Datuk Seri Najib telahpun menunaikan janjinya apabila berjaya mengurangkan hampir semua hutang syarikat bermasalah 1MDB mencecah RM40.4billion dalam tempoh enam bulan tersebut. Hutang syarikat berkenaan adalah sebanyak RM42 billion.



Perkara ini sekarang nampaknya sedang menjadi tumpuan Rakyat Marhaen seperti aku nie. Persoalan mereka.... apakah isu berkaitan 1MDB ini dikira selesai apabila semua hutang2 1MDB berjaya dilangsaikan atau ianya dikira selesai apabila "penjenayah penjenayah" yang menyebabkan 1MDB kerugian RM42 billion berjaya dibawa ke muka pengadilan.



TEKOO: Mudah mudahan Tahun 2016 bakal memberi jawapannya....amin.
                pssstt....tak bole cakap banyak2 maaa....hehehe