Semalam Pengerusi2 JKKK dalam Daerah Alor Gajah Melaka telah dikejutkan dengan surat2 penamatan perkhidmatan Pekerja2 Sukarelawan PMH (Pekerja KIR Miskin) yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah Melaka (PDTAG) berkuatkuasa 1 Mei 2015. Surat yang ditandatangani oleh Ikram bin Rosli, Ketua Penolong Pengarah Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah) menyatakan bahawa tujuan penamatan perkhidmatan ini adalah diantaranya sebagai salah satu usaha ke arah pengurangan kos. Untuk makluman, Pekerja Sukarelawan PMH (KIR Miskin) telah diwujudkan pada zaman Datuk Ali Rustam bagi membantu golongan2 miskin untuk menambah punca pendapatan mereka. Mereka telah diberi tugas harian membersihkan Balai Raya, Masjid, jalan2 kampung dan tempat2 awam diseluruh kampung di Negeri Melaka.
Ermm... ok lar...aku bersetuju sangat2 dengan langkah2 pengurangan kos oleh PDTAG nie....cuma sekarang...cara pemberhentiannya saja yang dipertikaikan oleh ramai Pengerusi2 JKKK dalam Daerah Alor Gajah.
PERSOALANNYA :
- Bagaimana pemilihan pekerja2 Sukarelawan Miskin yang hendak diberhentikan ini dibuat...???
- Mengapa tidak dirujuk dahulu kepada kepimpinan akar umbi @ Pengerusi JKKK siapakah yang sepatutnya layak diberhentikan..??? Tidak perlu lar dirujuk kepada statistik dan data desktop kerana data2 dari lapangan oleh Pengerusi JKKK ini aku rasa adalah lebih tepat. Mereka lebih tahu, siapa yang lebih miskin dan siapa yang lebih memerlukan.
- Mengapa tidak dilaksanakan pemantaun berkala dahulu keatas Pekerja2 Sukarelawan Miskin ini untuk mengenalpasti siapa yang bekerja dan siapa yang tidak bekerja langsung sebelum pemilihan dibuat...???? sekurang2nya mereka akan lebih berpuashati dengan alasan2 pemberhentian mereka.
Ermm...Begitulah persoalan yang timbul di kepala hotak Pengerusi2 JKKK dalam Daerah Alor Gajah sekarang. Mereka mendakwa bahawa rata2 Pekerja Miskin yang diberhentikan adalah pekerja yang memang melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sedangkan ada pekerja2 Miskin yang hanya "goyang kaki" dan tidak bekerja akan terus menikmati elaun bulanan sebanyak RM 350-00 ini.
Jadinya...aku berharap agar pemberhentian pekerja2 Miskin ini dikaji semula oleh PDTAG. Kalau hendak diberhentikan pun, biarlah dengan beberapa alasan yang boleh diterima oleh Pekerja2 Sukarelawan Miskin ini. Minta senarai daripada JKKK nama2 yang perlu digugurkan kerana mereka lebih arif dan kenal siapa yang bekerja dan yang tidak bekerja...
TEKOO : aku khuatir tindakan pemberhentian ini akan mengurangkan lagi bilangan penyokong2 Tegar BN..pemberhentian tanpa alasan benar2 akan mengguris hati dan perasaan golongan miskin ini serta tidak lupa juga keluarga mereka....erm...siapa nak jawab tuh...???
Walaupun berisiko tinggi,aku berkata benar berdasarkan rintihan akar umbi....
"berkata benar walaupun ianya pahit untuk didengar"....kerana.....
aku sayangkan BARISAN NASIONAL...adios...!!!