Sunday, March 20, 2016

HANYA ADA SATU KEMUNGKINAN UNTUK TOKONG LIM GUAN ENG TERLEPAS DARI DAKWAAN MEMBELI RUMAH DI BAWAH HARGA PASARAN...???

Pertamanya, Lim Guan Eng mengaku membeli rumah di bawah harga pasaran. Keduanya beliau tidak menafikan penjual tersebut merupakan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau.
Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.
Tujuan seksyen ini ialah membolehkan Pendakwaraya mendakwa mana-mana penjawat awam yang disyaki mengambil rasuah tetapi tidak dapat dibuktikan unsur rasuah tersebut mengikut Akta Pencegahan Rasuah.
Beban pembuktian melalui Seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertuduh sebagai penjawat awam.
Sebagai Ketua Menteri selama 8 tahun dan pengerusi State Planning Committee yang mejaga hal-ehwal hartanah di seluruh negeri dan sebagai penghuni di Jalan Pinhorn selama 7 tahun, tidak mungkin LGE langsung tak peka kepada harga hartanah di situ.
Lebih-lebih lagi, dalam transaksi yang melibatkan nilai berjuta-juta LGE tentu ada membuat pembandingan harga hartanah semasa di lokasi itu.
Elemen kedua dalam perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan pihak pendakwa tidak perlu membuktikan berlakunya unsur rasuah dalam pertuduhan di bawah Perkara 165, Akta Kanun Keseksaan. Dalam konteks Lim Guan Eng, hubungan tersebut jelas apabila penjual rumah tersebut juga merupakan rakan-kongsi rapat kepada pemilik saham terbesar sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang dengan harga yang agak meragukan.
Lebih-lebih lagi, Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan asal untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin kepada pembangunan komersial.
Lagipun, sepanjang tempoh pembangunan projek, pelbagai kelulusan diperlukan dari kerajaan tempataan dan kerajaan negeri di mana LGE mungkin ada pengaruhnya.

Hubungan penjual rumah sebagai rakan-kongsi rapat dengan penerima projek itu juga sudah ditahu LGE semenjak tahun 2012 lagi ketika kes ini dihebohkan pada masa itu.
Lebih-lebih lagi, penerima projek Taman Manggis itu juga boleh dianggap sebagai "boss" ataupun majikan Miss Phang kerana penerima projek ialah pemegang saham majoriti dengan pegangan yang jauh lebih besar berbanding Miss Phang di dalam tiga-tiga syarikat yang dikongsi dua orang ini.
Walaupun sudah tahu hubungan ini, LGE masih degil untuk membeli banglo tersebut dengan harga rendah yang langsung tidak masuk akal pada tahun lepas.
Kalau mengikut undang-undang Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kemungkinan besar sudah cukup bukti untuk LGE didakwa

Erm...nampaknya kes ini sama seperti kes Khir Toyo...cuma bezanya hari ini keluar berita, pagi esok dah siap kertas pendakwaan, petang esok dah masuk penjara....Tapi dalam kes LGE ni ramai yang kata SPRM ada slow skit...!!! ada betul ke Mr SPRM...???

Jadinya, hanya ada SATU KEMUNGKINAN sahaja untuk Tokong Lim Guang Eng terlepas dari dakwaan membeli rumah di bawah harga pasaran iaitu :

SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH (SPRM) DAN PEGUAM NEGARA ENGGAN MENDAKWA TOKONG LIM GUAN ENG....???



TEKOO : common abam2 SPRM.....kasi laju skit tindakan tuh...!!! gua caya sama lu...!!!

Monday, March 7, 2016

DEKLARASI RAKYAT : KENYATAAN MEDIA BN MELAKA.

KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI BARISAN NASIONAL MELAKA / KETUA MENTERI MELAKA SOKONGAN PADU KEPADA Y.A.B. PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI  MALAYSIA SEJURUS SELEPAS MESYUARAT KHAS BARISAN NASIONAL NEGERI MELAKA PADA 6 MAC 2016 DI SERI BENDAHARA, AYER KEROH MELAKA.


1. BN Melaka sejak dulu, kini dan selamanya  bepegang teguh kepada tuntutan ajaran mentaati ulul amri. Justeru pendirian kami dan seluruh ahli BN Melaka memberikan SOKONGAN PADU kepada Presiden Parti dan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak,  adalah sentiasa konsisten dan mantap.

2. Kami menghormati hak individu untuk masuk dan keluar parti atau mana-mana organisasi. Kita juga menghormati dan menghargai sumbangan dan jasa para pemimpin parti dulu dan masa kini. Namun kami menolak dengan sekeras-kerasnya tindakan terkini  Tun Dr Mahathir Mohamad,  Tan Sri Mahyuddin Md Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz  Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain yang merupakan perbuatan derhaka terhadap BN dan perjuangan ahli parti.

3. BN Melaka sebulat suara mendesak agar tindakan segera dan sekeras-kerasnya terhadap semua mereka yang sekongkol dengan Deklarasi Rakyat. Di samping meminta semua pucuk pimpinan parti komponen BN mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli yang turut bersama.

4. Wajar diingat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan antara penyebab utama BN kalah di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan kehilangan majoriti 2/3 di parlimen. Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan political monster dan pengkhianat kepada BN, UMNO dan negara.

5. Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil alih peranan unifying factor Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang yang menyatukan pembangkang di atas satu pentas untuk menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih melalui system demokrasi.

6. Kami telah mempelajari dari sejarah getir perselisihan antara pemimpin  sehingga menyebabkan UMNO berpecah pada awal tahun 1950an dan diharamkan pada tahun 1988. Lantaran  untuk mengelakkan sejarah pahit itu dari berulang lagi maka BN Melaka menolak sebarang usaha yang boleh mengundang perpecahan serta melemahkan kepimpinan parti tanpa menghormati semangat bermesyuwarah dan setiakawan.

7. Kami amatlah kesal dengan gelagat beberapa orang pemimpin UMNO yang sanggup bersekongkol dengan pihak pembangkang yang pernah memijak gambar pemimpin BN dan menghina, mencarut, mencaci serta menghalau orang Melayu supaya  balik ke hutan pada tahun 1969 semata-mata untuk memuaskan nafsu politik mereka.

8. Tindakan 58 individu ini melalui Deklarasi Rakyat yang mendesak supaya YAB Dato’ Sri Mohd Najib meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri bukan sahaja  tidak mewakili hasrat majoriti 31 juta penduduk Malaysia bahkan juga tidak menghayati prinsip demokrasi serta memperlekehkan pula mandat yang telah diberikan oleh majoriti rakyat kepada beliau  pada tahun 2013 lalu.

Sesungguhnya tindakan mereka itu bukanlah untuk kepentingan rakyat. Ianya adalah untuk  memuaskan nafsu mereka sendiri  yang tidur sebantal tetapi bermimpi lain-lain.

9. Kami fahami tuntutan rakyat masa kini ialah inginkan kerajaan menangani dengan berkesan global headwinds dalam persekitaran geo-politik dan sosio-ekonomi yang amat mencabar agar kesejahteraan hidup mereka akan terus meningkat.

10. BN Melaka mengajak semua rakyat agar bersatu padu dan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri atas semangat setiakawan BN. Beliau masih mampu dan bersedia meneruskan mandat, amanah  dan tanggungjawab untuk menerajui negara ini bagi merealisasikan tuntutan serta aspirasi rakyat.

11. BN negeri Melaka mengesyorkan agar dilucutkan semua jawatan kerajaan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Penasihat PETRONAS, Pengerusi PROTON dan Pengerusi Yayasan Pemimpin Perdana.

12. BN Melaka menyeru kepada semua ahli BN dan rakyat Malaysia agar terus memantapkan kesetiaan kepada parti dan kepimpinan, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadidan kekal beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan berpegang kepada cogan kata UMNO: BERSATU, BERSETIA ,  BERKHIDMAT.

BN Melaka
6 MAC 2016

Saturday, March 5, 2016

TUN MAHATHIR : ADAKAH INI CARA TERBAIK MENGHABISKAN SISA SISA HIDUP TUN ???

4 MAC 2016
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed mengadakan satu sidang media bersama pemimpin pembangkang dan wakil2 badan-bukan kerajaan (NGO) petang tadi dan seterusnya menandatangani DEKLARASI RAKYAT menuntut penyingkirang DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Antara yang hadir dalam sidang media tersebut termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Ling Liong Sik. LIM KIT SIANG, MAT SABU, RAFIZI RAMLI. 


Ermm...mungkin korang pun sedia maklum, aku bukannya boleh nengok muka komunis lahanat Lim Kit Siang ni. Sekarang, dengan secara otomatik rasa simpati dan sedikit2 ada juga rasa menyokong Tun M telah hilang terus dari diri aku apabila aku nengok gambar diatas dimana Tun M bersekongkol dengan DAPig. Aku ni menyokong UMNO dari dulu, kini dan selamanya. Aku menyokong parti dan bukannya seseorang individu dalam parti kerana pemimpin datang dan pergi tetapi kesinambungan parti UMNO untuk terus menerajui Kerajaan Malaysia dan menjaga hak hak orang Melayu harus dipertahankan.... Deklarasi Rakyat yang didakwa oleh Tun Mahathir ini bukanlah mencerminkan kehendak sebenar majoriti rakyat Malaysia. Ini bukan Deklarasi Rakyat tetapi Deklarasi Sampah Tahap Jebon....!!!!
Jom kita nengok 2 DEKLARASI TULEN sebagaimana di bawah :-

DEKLARASI RAKYAT (PRU 14)
Deklarasi Rakyat sebenar adalah Pilihanraya Umum ke 14 nanti....itu baru betul2 deklarasi yang mencerminkan kehendak majoriti rakyat samada BARISAN NASIONAL terus kekal atau tidak menerajui pentadbiran Malaysia ini. 

DEKLARASI NAJIB
Deklarasi samada Najib diterima atau tidak untuk menjadi Perdana Menteri @ Presiden UMNO pula akan ditentukan oleh perwakilan UMNO dalam Pemilihan Parti UMNO.

Aku rasa..... 2 Deklarasi Tulen diatas akan berlaku dalam masa 2 tahun saja dari sekarang.....so...mengapa tidak kita biarkan Rakyat buat kerja mereka dalam PRU14 dan Perwakilan UMNO buat kerja mereka dalam pemilihan UMNO....tak salah kita tunggu kerana tak lama tu bro...!!!  Itu pun sekiranya benar DS Najib ditolak...!!! Kalau kepimpinan DS Najib masih diterima oleh Rakyat....korang kena terimalah hakikat dari majoriti rakyat  tu...!!!! so apa nak kecoh kecoh...!!!


Kepada Tun Mahathir, sudah sudahlah memporakperandakan orang orang Melayu. Jasa jasa Tun terlalu banyak...!!! Jangan biarkan semua pahala dan jasa2 Tun itu ditiup sebagai debu2 yang berterbangan di akhirat kelak dengan membuat onar dan kerosakan di akhir2 usia Tun. Apakah Tun tidak sedar disekeliling Tun adalah syaitan syaitan dan kafir harbi yang bernafsu besar berselindung di sebalik slogan keadilan, ketelusan untuk mendapatkan kuasa..??? 


TEKOO : Percayalah Tun...!!! apa yang Tun sedang buat ini adalah tidak demokratik...!!! parti pembangkang tu cuma nak ambil kesempatan daripada Tun sahaja...kalau dah dapat kuasa nanti sudah pasti orang Melayu akan merempat dibumi sendiri dan Tun akan dikenang sebagai mengkhianati kami...!!! Tolong jangan percaya mereka wahai Tun Mahathir Mohamed...!!!