Monday, April 18, 2016

KARNIVAL TEGUH BERSAMA : JOM KITA SERBU MAAA...!!!!


"Potensi Perpaduan Yang Lebih Kukuh" - itulah gerak kerja yang akan dilaksanakan oleh parti MCA secara berkala ke satu atau dua kawasan sebulan sehinggalah Pilihan Raya Umum akan datang menerusi program "Karnival Teguh Bersama". Ini adalah merupakan satu program yang mensasarkan kepimpinan akar umbi MCA dan juga pengundi2 terutama dari kaum Cina untuk terus bersama menyokong MCA dan Barisan Nasional.

Kepada ahli parti MCA, sasarannya adalah :-

  • menguatkan kepimpinan akar umbi serta menjalin semula hubungan terhadap ahli ahli parti yang semakin lesu.
  • membina semula keyakinan ahli parti akar umbi dan memastikan segala maklumat2 penting sampai dan difahami oleh ahli parti akar umbi.
  • menguatkan semangat ahli parti sebagai persediaan menghadapi PRU14 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Kepada rakyat@pengundi, sasarannya adalah :-

  • memberi pemahaman yang lebih terperinci kepada pengundi Kaum Cina mengenai peranan MCA dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan pendidikan.
  • menyediakan hampir 20 kaunter pelbagai perkhidmatan termasuk perkhidmatan langsung dan perundingan.




Ermmm.... bagus...!!!! aku rasa sepanjang 20 tahun aku jadi pengundi kat Parlimen Alor Gajah, Melaka nie, inilah kali pertama aku nengok Ahli Parlimen Alor Gajah dari komponen MCA menganjurkan satu karnival  untuk mendekati rakyat terutama dari kaum Cina kepada MCA dan Barisan Nasional.  YB Datuk Koh Nai Kwong, Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka ini ternyata begitu komited dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Dengan mutu perkhidmatan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen ini, sudah semestinya Barisan Nasional tiada masalah untuk mengekalkan kerusi di Parlimen Alor Gajah pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti. Peratusan sokongan dari pengundi kaum Cina nampaknya telah semakin meningkat maa...!!!

Ermm....Bukannya aku nak bodek...!!!! tapi memang bodek punnnn,,,hehehe,,!!!!

KARNIVAL TEGUH BERSAMA
TARIKH : 23 & 24 aPRIL 2016
TEMPAT : SJKC MACHAP BARU, ALOR GAJAH, MELAKA


TEKOO: kipidap...dongibab...!!!! :)