Saturday, October 31, 2015

HAHAHA..!!! TONY PHUA...U ARE REALLY A CHICKEN SHIT..??? MANA MAU LARI ARRR...???

Sedap citer nih...!!!!
Citer asalnya Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua (Chu Kang) telah mencabar Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda untuk berdebat secara terbuka mengenai isu 1MDB dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudahpun bersetuju untuk menyiarkan debat itu secara langsung. Arul Kanda telah meletakkan syarat bahawa Tony Phua harus meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB kerana khuatir kedudukan itu akan memberi konflik kepentingan dalam isu tersebut dibicarakan secara adil tanpa prasangka.


Dengan perasaan marah dan gabra atau terkejut beruk kerana tidak menyangka Arul Kanda menerima pelawaan itu, Tony pulak memberi alasan bahawa kedudukannya sebagai ahli PAC adalah lebih penting daripada nak berdebat dengan Arul Kanda dan mendakwa Arul sebenarnya takut nak berdebat dengan beliau.


Dan berita yang terbaru diterima menyatakan bahawa Arul Kanda bersedia untuk menarik balik syarat tersebut dan meminta agar debat ini diteruskan.


Jadi....apa macam Tony Phua (Chu Kang) ???....semua sudah ready...!!! berdebat tanpa apa apa syarat...!!!! Lu ada berani ka...???? atau ada lagi alasan alasan lu mau beri...??? atau lu memang PENGECUT...????


TEKOO :  Common Tony....!!! Telor lu mana..??? .telor lu...!!! Rakyat Malaysia pun nak tahu jugak ni...!!! hehehe

Wednesday, October 21, 2015

WAJIB BACA : PENDEDAHAN EKSLUSIF PEMILIK AIR HERBA AJAIB PAK ANUAR...!!!!!

Seperti di dalam posting terdahulu aku disini, Air Herba Ajaib Pak Anuar telah dikenali ramai di seluruh pelusuk tanah air dan juga negara negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand apabila hasil kajian Pak Anuar selama 28 tahun menjadi bualan dan rebutan kerana didakwa berupaya menyembuhkan lebih 15 penyakit kronik. Ianya juga telah mendapat liputan meluas dari media cetak arus perdana seperti Utusan Malaysia disini, Sinar Harian disini dan Mstar disini.

Anuar Hashim, 58, atau dikenali sebagai "Pak Anuar Air Herba Ajaib" telah pun melangkah satu tapak kehadapan dengan membuka satu cawangan di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka yang dikendalikan oleh adik beliau.


Ermm...syukur alhamdulillah...nampaknya hasrat Pak Anuar untuk membantu orang ramai yang menghidapi pelbagai penyakit ini dengan mendapatkan air herba beliau tanpa menetapkan kadar bayaran semakin mendapat sambutan orang ramai.

Tapi sekarang, aku dimaklumkan oleh Pak Anuar sendiri bahawa ada pulak individu2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan menggunakan nama beliau dan membuka lokasi lokasi baru air herba ajaib nie. Dengar2 khabar sekarang didakwa sudah dibuka di Pekan Durian Tunggal, Paya Rumput dan beberapa lokasi lagi di sekitar Melaka.

So...kepada peminat2 air herba ajaib Pak Anuar, pastikan korang hanya mengambil bekalan air herba ajaib Pak Anuar di 2 lokasi ini sahaja iaitu satu di Jalan Solok Kolam 2, Kg Pengkalan Batu, Batu Berendam yang dikendalikan oleh Pak Anuar sendiri, dan lagi satu di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal Melaka yang dikendalikan oleh adik beliau.
Untuk makluman korang, Air Herba Ajaib Pak Anuar telah dikaji dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bro...so....di jamin SELAMAT....!!!

Aku sertakan dibawah ini video ekslusif dari Pak Anuar sendiri.


TEKOO : jangan tersalah minum selain daripada yang asli bro !!!....cirit birit ko nanti...hehehe

Saturday, October 17, 2015

KERIS 2314 : SUDAH BERSEDIAKAH SENJATA BARU UMNO INI MELAWAN PEMBANGKANG...????

UMNO sekarang sedang mengorak langkah kehadapan untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) dengan memantapkan kepimpinan akar umbinya melalui program KERIS 2314 yang menjurus kepada 4 isu utama. Isu tersebut adalah Agama Islam, Yang Di Pertuan Agong dan institusi Raja2, Bahasa Melayu dan akhir sekali Hak Hak Keistimewaan Orang2 Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa makna "KERIS" dan apa pulak makna "2314" nie..?? Ermmm....bagi mereka yang melihat dari sudut 'sisi gelapnya' 2314 adalah nombor yang patut mereka 'chai' di kedai2 TOTO dan bagi mereka yang melihat dari sudut hati dan semangat perjuangannya angka 23 dalam KERIS 2314 itu membawa maksud sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menebus kembali jumlah kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat selepas gagal dalam dua PRU sebelum ini, sementara angka 14 pula merujuk kepada PRU-14.
Nak tahu "KERIS" pulak membawa maksud apa ???....korang baca sendiri kat bawah nie yer...


Setelah hampir setahun yang lepas KERIS 2314 dilancarkan barulah sekarang aku nengok beberapa UMNO Bahagian  diberi peluang untuk menyertai kursus tersebut.

Di antara kepimpinan akar umbi UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka yang menyertai Kursus KERIS 2314 di Permata Resort Alor Gajah pada 16 - 18 Oktober 2015.

Ermm... nampaknya kursus ini telah memberi satu impak yang amat baik kepada UMNO khasnya di peringkat Bahagian. Beberapa perkara yang aku nampak adalah :-

  1. KERIS 2314 telah mengeratkan lagi hubungan diantara ahli UMNO yang dulunya masih berpuak puak akibat daripada pemilihan yang lepas.  Sekarang mereka telah sedar bahawa perasaan bermusuhan diantara "adik beradik sendiri " sebenarnya tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa. Keutuhan dan penyatuan UMNO itu sendiri menjadi wadah perjuangan mereka sekarang. Sayap sayap yang dulunya menongkah arus telah dapat diterima semula oleh kepimpinan UMNO Bahagian.
  2. Sayap sayap Pemuda dan Puteri begitu aggresif mengadakan aktiviti untuk meraih sokongan pengundi dengan dibantu sepenuhnya oleh UMNO2 Bahagian. Kalau dulu pandai2 koranglar nak cari bajet buat program tetapi sekarang tidak lagi. UMNO2 Bahagian sentiasa menyokong setiap program2 sayap2 UMNO. Isu boikot memboikot dibeberapa UMNO Bahagian dinegara ini telah menjadi sejarah kerana mereka telah sedar ianya hanya akan membawa keburukan kepada parti keramat ini.
  3. Mereka sedar pembangkang tidak akan dapat meruntuhkan UMNO kerana pembangkang sebenarnya tidak sekuat mana pun....Mereka telah sedar bahawa UMNO tidak akan tergugat dengan anasir2 dari luar....UMNO hanya boleh tergugat dengan anasir2 dari dalam UMNO itu sendiri.
SYUKUR ALHAMDULILLAH....NAMPAKNYA KERIS 2314 TELAHPUN BERSEDIA MELAWAN MUSUH SEBENAR...

Semoga gerakerja parti UMNO untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga ini pada Pilihan Raya Ke 14 (PRU 14) akan menjadi kenyataan...amin.


TEKOO: antara realiti dan fantasi...andalah yang menentukannya....wallahualam.

Thursday, October 15, 2015

AIR HERBA AJAIB PAK ANUAR BUKA CAWANGAN BARU DI DURIAN TUNGGAL MELAKA

"Rasailah Air Herba Ajaib Pak Anuar ini....ianya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit...in sya Allah....saya dah minum...anda bila lagi...?" begitulah mungkin (aku agak jer..hehehe) kata kata yang keluar dari mulut YB ADUN Durian Tunggal yang telah merasmikan cawangan baru Air Herba Ajaib Pak Anuar di Kg Ulu Seraja, Parit Melana, Durian Tunggal Melaka baru baru ini.

Ab Wahab (dua dari kanan) sedang memotong riben sempena perasmian cawangan baru Air Herba Ajaib Pak Anuar di Durian Tunggal.


Wahh....!!! sejak bila YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip dah jadi "Duta" Air Herba Ajaib Pak Anuar nih...???  Ok lar tu Datuk...kalau kita melihat dari sudut positifnya pulak...ini boleh jadi satu produk baru untuk DUN Datuk yer...

Air Herba Ajaib Pak Anuar ini telah menjadi satu fenomena dan kini terkenal seantero Malaysia dan juga negara negara jiran apabila hasil kajian Pak Anuar selama 28 tahun menjadi rebutan kerana di dakwa berupaya menyembuhkan lebih 15 penyakit kronik. Antara penyakit tersebut adalah resdung, rabun mata, tiroid, asma, jantung tersumbat, buah pinggang, mencairkan darah, batu karang, kencing manis, darah tinggi, prostat, buasir, saraf, bisa sendi tulang, parkinson, kanser, luekemia dan angin ahmar. Pergh...!!! korang tengok power tak power air herba ajaib nie...!!! Satu jenis air jer sudah boleh "sapu" kesemua penyakit tu...!!! .memang tiptop ...!!! 
Erm...Nampaknya ramai jugak VVIP yang telah mencuba air herba ajaib ini yer.

SUK Negeri Melaka (tiga dari kanan) turut menikmati air herba ajaib Pak Anuar.



Kepada yang berminat...boleh lah korang mencubanya...
Lokasi : Jalan Kg Parit Melana (Ulu Seraja) 76100 Durian Tunggal Melaka.


Kita  berusaha....hanya Allah swt sahaja yang menyembuhkannya...in sya Allah.

TEKOO : Sekali sekala kita larik dari topik politik. :)


Wednesday, October 14, 2015

DEMI SURVIVAL UMNO DAN BARISAN NASIONAL..., DALANG 1MDB MESTI DI BAWA KE MUKA PENGADILAN SEBELUM PRU14

Aku rasa dah naik muak baca kisah isu 1MDB nie...walaupun dah lama berlarutan tapi seakan macam tak nampak penghujung kesudahannya. Aku berharap sangat DALANG 1MDB ini diheret segera ke muka pengadilan....tak kiralah DALANG ni sedang "menyerupai wajah siapa" kerana ternyata DALANG ini telah berjaya melunturkan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti keramat  UMNO.

Kalau sampai Raja Raja Melayu pun dah bersuara....ini kira kes berat bro...



KENYATAAN RAJA-RAJA MELAYU
Berikutan mesyuarat Pre-Council Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan berikut:
1. Raja-raja Melayu amat prihatin terhadap rasa resah dan kebimbangan yang telah disembah maklum oleh rakyat menyentuh kritikan terhadap kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah rakyat mentadbir negara. Budi bicara Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu telah dipohon untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang melanda negara ketika ini.
2. Sesungguhnya Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni. Justeru itu, Raja-raja Melayu setelah berbincang bersama, merasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan persoalan dan kontroversi yang sedang melanda negara ketika ini, iaitu isu 1MDB. Raja-raja Melayu maklum bahawa Kerajaan pada ketika ini sedang melakukan siasatan. Baginda sekalian menegaskan perlunya pihak Kerajaan menyelesaikan dengan secepat mungkin penyiasatan yang sedang berjalan. Jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. Semua pihak adalah bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha dan maksud siasatan tersebut mencapai kejayaan.
3. Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran. Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan. Akibatnya rakyat percaya sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberikan impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.
4. Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata yang dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
5. Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara. Demi memastikan Kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang. Untuk itu badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi Kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah ILAHI dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti. Pemimpin-pemimpin hendaklah senantiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan Negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
6. Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing. Raja-raja Melayu menzahirkan peringatan bahawa hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur. Oleh itu hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.
Dikeluarkan oleh
Dato Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober 2015

Dikhabarkan oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kenyataan Majlis Raja Raja Melayu ini adalah selari dengan kemahuan kerajaan berkenaan siasatan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri pun meminta masa selama enam bulan iaitu sekitar Januari tahun hadapan agar ianya boleh diselesaikan secara total. 

TEKOO : Ermmm....sama sama lar kita tunggu.....kalau selesai...bagus....kalau tidak...al quyub ler jawabnya...

Thursday, October 1, 2015

MORAL OF THE STORY : INILAH YANG ORANG ISLAM AKAN "DAPAT": SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN@PAKATAN HAPRAK MEMERINTAH...!!!

Baru dapat memerintah sebuah negeri sahaja, DAPig nie sudah menunjukkan sifat kurang ajar dan tidak menghormati agama rasmi Negara Malaysia iaitu Agama Islam. DAPig yang diketahui "menguasai" Pakatan Harapan@Pakatan Haprak sudah semestinya akan lebih kurang ajar sekiranya mereka berpeluang menguasai negara.
TEKOO : Melayu kena bersatu ....FIKIR FIKIRKANLAH.....!!!