Saturday, June 27, 2015

MEROYAN LAR KORANG...!!!! TIADA PEMILIHAN PARTI SEHINGGA PRU14

Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti UMNO yang sepatutnya berlangsung tahun depan selama 18 bulan yang membawa maksud tiada pemilihan parti sehinggalah selesai PRU14 nanti atau selewat lewatnya Jun 2018.


Ini adalah berita terburuk bagi yang Anti-Najib dalam UMNO yang sekarang ini sedang merancang dan merangka untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang. Aku dengau ada yang dah tergolek golek atas lantai sambil menghentak hentakkan kepala macam tak percaya dengan keputusan ini....erm alahai...!!!!

Najib dah tak boleh nak digugat melainkan beliau sendiri yang ingin berundur dan dia nampaknya tidak menunjukkan tanda tanda nak berundur...!!!! malah YAB Datuk Seri Najib telah menjadi semakin vokal, aggresif dan tetap bertahan dalam menghadapi serangan serangan yang ditujukan kepada beliau baik dari dalam parti UMNO sendiri mahupun dari luar parti. Untuk rekod, penangguhan pemilihan parti UMNO bukanlah satu perkara asing kerana ianya sudah pernah dilakukan pada zaman pemerintahan 2 Bekas Presiden UMNO terdahulu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. So...kepada Tun M.....jangan lah dok sibuk2 nak kritik perkara ini kerana Tun M juga pernah melakukannya pada zaman beliau yang semenangnya telah lama berlalu itu....ok...!!!

Bagi aku sudah pasti keputusan ini ada pro dan kontra nya. Walau apapun, aku berharap sangat agar langkah ini akan dapat mengukuhkan kembali parti keramat ini kerana agenda nak jatuh menjatuhkan pemimpin sudah tidak nampak relevennya buat masa sekarang sehingga PRU14 nanti. Niat nak jatuhkan pemimpin tu bukan setakat ada di peringkat tertinggi, malah telah menular sehingga ke peringkat Bahagian dan Cawangan bro...!!!!. Ada yang sudah pasang strategi nak jatuhkan Ketua UMNO cawangan..!!!! yang sedapnya tukang BAKAU ramai sangat....itu lah orang Melayu...!!!! So...hentikanlah semua itu dan dengar baik baik pesanan Tuan Presiden Parti UMNO yang kat bawah nie...!!!


TEKOO : ada member aku dah bercadang untuk hanya menjadi PENGUNDI SETIA BN saja daripada menjadi JENTERA SETIA PILIHANRAYA BN pada PRU14 akan datang....awal 2018 resign....full stop....
Pergh...!!!! jangan itu macam broo...!!! ko macam kecewa jer...hahaha

No comments:

Post a Comment